Buli: Polis tahan tujuh pelajar

Keratan portal Sinar Harian.
Keratan portal Sinar Harian.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis menahan tujuh pelajar berusia 15 tahun hingga 17 tahun berhubung kes buli membabitkan seorang pelajar sekolah tahfiz di Tanjong Karang, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, empat pelajar yang menyaksikan kejadian itu turut dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kejadian.

Beliau berkata, mangsa yang dikatakan turut mengalami kecederaan akibat kejadian terbabit kini dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325/147 Kanun Keseksaan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tahfiz cedera dakwa dipukul senior

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang pelajar di sebuah sekolah tahfiz di Tanjong Karang didakwa cedera dipercayai akibat dibelasah lima hingga tujuh pelajar senior.

Seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa abang kepada pelajar terbabit memuat naik status mengenai kejadian itu di laman sosial dengan mendakwa kejadian tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian hati dan limpa.

Artikel Berkaitan: