Sultan Kedah prihatin alam sekitar, ilhamkan projek tanam dua juta pokok

Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin bertitah sempena Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-83 di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, pada Ahad
Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin bertitah sempena Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-83 di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, pada Ahad
A
A
A

ALOR SETAR – Keprihatinan Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian khazanah semula jadi negeri ini mendapat sanjungan pelbagai pihak.

Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin bertitah, baginda merupakan seorang pemerintah yang amat mengambil berat terhadap isu-isu berkaitan alam sekitar serta keseimbangan ekosistem negeri.

Menurut Tunku Shazuddin Ariff, antara inisiatif penting yang diilhamkan oleh Sultan Sallehuddin ialah pelaksanaan program penanaman 2.2 juta pokok di seluruh negeri yang dikenali sebagai ‘Project 2 Million’, sebagai usaha memperkasakan kembali kelestarian alam.

“Program ini dibahagikan kepada tiga kategori utama, iaitu penghijauan bandar-bandar utama yang dikenali sebagai Urban Forest, penanaman semula di kawasan hutan terosot, serta kawasan paya bakau yang semakin terancam,” titah Tunku Shazuddin Ariff sempena Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang-Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-83 di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, pada Ahad.

Tunku Mahkota Kedah memaklumkan, program berimpak tinggi itu telah mula dilaksanakan pada tahun ini dan dijadualkan siap sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Tunku Shazuddin Ariff turut menyentuh usaha berterusan Sultan Kedah dalam memelihara Pulau Payar, sebuah kawasan marin yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti dan keindahan alam semula jadi.

Baginda bertitah supaya jumlah pelancong dihadkan demi menjaga keseimbangan alam, dan langkah untuk memelihara ekosistem marin amatlah bertepatan, memandangkan pulau tersebut bukan sekadar destinasi pelancongan tetapi juga warisan semula jadi yang melindungi pelbagai spesies laut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!