Panglima Angkatan Tentera dahului penerima anugerah Hari Keputeraan Sultan Kedah

Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengurniakan Darjah SSPK,membawa gelaran Datuk Seri Pahlawan kepada Mohd Nizam Jaafar pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-83, di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengurniakan Darjah SSPK,membawa gelaran Datuk Seri Pahlawan kepada Mohd Nizam Jaafar pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-83, di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
A
A
A

ALOR SETAR – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaafar mendahului senarai 235 penerima anugerah darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-83, di Istana Anak Bukit pada Ahad.

Mohd Nizam, yang dilantik pada 31 Januari lalu, menjadi penerima tunggal Darjah Dato’ Seri Setia Pahlawan (SSPK) yang membawa gelaran Datuk Seri Pahlawan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi, dan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, dianugerahkan sebagai Orang Besar Lapan yang masing-masing membawa gelaran Dato’ Seri Indera Setia dan Dato’ Seri Derma Wangsa.

Seramai dua penerima Darjah Setia Pahlawan Negeri Kedah (DSPK), yang membawa gelaran Datuk Pahlawan, ialah Panglima Angkatan Bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Zahani Zainal Abidin, dan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Shamsuddin Ludin.

Darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS), yang membawa gelaran Datuk, diberikan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mohamad Yusoff Zakaria.

Enam penerima Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK), yang membawa gelaran Datuk, dianugerahkan kepada Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim; Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Shazryll Zahiran; Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli; Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zainul Darus; Setiausaha Kehormat Majlis Jaksa Pendamai Kedah, Ahmad Fatahi Omar; serta Pengarah Eksekutif Fuji Electric Malaysia, Chong Nee Hwa.

Seramai dua penerima dianugerahkan Darjah Dato’ Setia Pahlawan (DDSPP), yang membawa gelaran Datuk, iaitu Asisten Ketua Staf Cawangan Logistik Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral Abd Hafiz Ahmad dan Pengarah ATM, Brigedier Jeneral Saiful Bahari Zainol.

Anugerah Setia Sultan Sallehuddin Kedah (SSS) diberikan kepada dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dzowahir Abdul Ghani dan Wong Chia Zhen, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim, selain Tunku Putri Nur Asma Tunku Ja'afar.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, anugerah Setia Diraja Kedah (SDK) dianugerahkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar; Pegawai Daerah Pendang, Nasrun Mohd Sheriff; Pakar Perunding Jantung & Elektrofisiologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr N. Kantha Rao; serta Pengarah Kanan Bahagian Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Mohd Noor Hisham Mohd Haron.

Turut menerima SDK ialah Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan Kementerian Kerja Raya, Ahmad Shahruzi Ahmad; Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Muhamad Abdullah; Presiden Persatuan Skuasy Kedah, Andrew Lim Hwa Eng; serta Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Kedah, Mohd Afendy Abdullah.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!