Industri sokong penjualan vape bawah umur perlu dibendung

Peraturan sedia ada jelas melarang penjualan vape kepada individu bawah umur, namun pelanggaran masih berlaku di pasaran gelap akibat ketirisan penguatkuasaan.
Peraturan sedia ada jelas melarang penjualan vape kepada individu bawah umur, namun pelanggaran masih berlaku di pasaran gelap akibat ketirisan penguatkuasaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Industri vape di negara ini menyatakan sokongan penuh terhadap gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu tindakan segera diambil dalam menangani isu penyalahgunaan dadah serta penggunaan vape dalam kalangan anak muda.

Presiden Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA), Datuk Adzwan Ab Manas berkata, penyalahgunaan dadah sememangnya merupakan punca utama kepada pelbagai masalah sosial dan kesihatan awam, justeru memerlukan perhatian serius dan penyelesaian menyeluruh melibatkan semua pihak.

Namun, katanya, pemain industri yang berdaftar di bawah persatuan-persatuan sedia ada sentiasa mematuhi piawaian perniagaan dengan tidak memasarkan barangan terlarang mahupun menjual kepada pembeli bawah umur.

"Malah, produk vape yang dijual secara sah dan berdaftar di pasaran tempatan tidak membawa risiko seperti dadah, kerana kandungannya mematuhi garis panduan dan piawaian ditetapkan pihak berkuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Rabu lalu, Perdana Menteri dilaporkan mahu isu penularan dadah dan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan generasi muda dibincangkan secara serius serta dirangka jalan penyelesaian yang tuntas.

Perdana Menteri turut menegaskan, masalah yang berlarutan sejak sekian lama itu belum menemui penyelesaian berkesan, meskipun pelbagai pendekatan digerakkan sebelum ini.

Sementara itu, Adzwan berkata, kadar perolehan dadah di negara ini sangat membimbangkan.

Tegasnya, dadah boleh disalahgunakan bukan sahaja melalui penggunaannya secara terus tetapi juga melalui medium-medium lain termasuk dalam makanan dan minuman, bukan semata-mata peranti vape sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Masalah sebenar bukan datang daripada produk sah. Apa yang membimbangkan adalah penjualan vape yang dicampur dengan dadah oleh pihak tidak bertanggungjawab, yang jelas membahayakan pengguna dan mencemarkan nama baik industri secara keseluruhan. Lebih membimbangkan, mereka yang tidak bertanggungjawab ini menjualnya kepada bawah umur,” ujarnya.

Beliau berkata, peraturan sedia ada jelas melarang penjualan vape kepada individu bawah umur, namun pelanggaran masih berlaku di pasaran gelap akibat ketirisan penguatkuasaan.

”Buat masa ini kami yakin ahli-ahli kami tidak melakukan pelanggaran undang-undang dan menjual kepada bawah umum, namun sekiranya terdapat antara mereka melakukannya, kami bersetuju hukuman yang setimpal dikenakan kepada mereka,” ujarnya.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan mahu isu penularan dadah dan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan generasi muda dibincangkan secara serius serta dirangka jalan penyelesaian yang tuntas.
Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan mahu isu penularan dadah dan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan generasi muda dibincangkan secara serius serta dirangka jalan penyelesaian yang tuntas.

Pada masa yang sama, Presiden Persatuan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVM), Mohd Sabri Ismail berkata, perniagaan adalah sesuatu yang berasaskan keuntungan dan sudah tentu, peniaga-peniaga berusaha mengekalkan perniagaan dalam keadaan telus supaya mampu bertahan tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata, sebarang tindak tanduk salah, mampu memusnahkan nama baik dan kelangsungan industri.

“Sebagai peniaga yang sah dan berdaftar, kami sudah tentu tidak mahu melakukan sebarang perkara yang boleh menjejaskan kelangsungan perniagaan kami. Kami percaya bahawa mereka yang menjual produk vape berbahaya dan menjual kepada bawah umur ini bukan datang daripada kalangan peniaga berlesen dan sah,” tegas Mohd Sabri.

Dalam hal ini, penguatkuasaan merupakan kunci utama dalam memastikan keberkesanan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

“Kami menyeru agar penguatkuasaan dipertingkatkan secara menyeluruh, bukan sahaja terhadap mereka yang menjual kepada bawah umur tetapi juga terhadap pihak yang menjual produk vape bercampur bahan terlarang,” tambah Presiden Malaysia E-Vaporizers and Tobacco Alternative Association (MEVTA), Mohamad Neezam Talib.

Oleh yang demikian, katanya, industri menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dengan pihak kerajaan dan agensi penguat kuasa.

Ïa bagi memastikan industri ini terus dikawal selia secara profesional, selamat, dan bertanggungjawab demi kepentingan pengguna dan masa depan generasi muda," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!