Bomba bantu bawa turun lelaki obes 200kg dari tingkat tiga pangsapuri

Anggota bomba menurunkan lelaki obesiti dari tingkat tiga di Pangsapuri Jasa Taman Mutiara Rini. Foto JBPM Johor
Anggota bomba menurunkan lelaki obesiti dari tingkat tiga di Pangsapuri Jasa Taman Mutiara Rini. Foto JBPM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki obesiti seberat 200 kilogram terpaksa dibantu anggota bomba untuk dibawa turun dari kediamannya di tingkat tiga Pangsapuri Jasa, Jalan Hang Jebat, Taman Mutiara Rini, malam Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.49 malam.

“Sepasukan 10 anggota bersama tiga jentera iaitu FRT, EMRS dan Hicom dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira tujuh minit kemudian.

“Sebaik tiba, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati seorang lelaki berusia 46 tahun yang mengalami obesiti tidak berdaya untuk turun sendiri dari rumahnya,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, anggota bomba menggunakan ‘skop stretcher’ bagi membawa turun mangsa dengan berhati-hati dari tingkat tiga ke bawah.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.21 pagi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!