Penjawat awam, pesara disyaki minta rasuah RM66,000 urusan banci tanah

Seorang penjawat awam dan pesara ditahan SPRM Sabah selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM66,000. Gambar hiasan
Seorang penjawat awam dan pesara ditahan SPRM Sabah selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM66,000. Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang penjawat awam dan pesara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM66,000 berkaitan memproses permohonan dan melakukan bancian tanah.

Suspek yang berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 11 pagi Selasa.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2016 walaupun kedua-duanya tiada kelayakan untuk memproses permohonan dan juga tidak memiliki lot tanah untuk tujuan bancian.

Siasatan awal mendapati, kedua-duanya dipercayai menerima wang suapan berjumlah kira-kira RM54,000 dan RM12,000 setiap seorang daripada beberapa individu.

Wang tersebut adalah bagi tujuan memproses permohonan tanah dan melakukan bancian lot tanah di bawah skim tanah milik kerajaan negeri.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan tersebut berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Kedua-dua suspek akan didakwa dalam masa terdekat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!