Jasad Cikgu Kwan Fong masih belum dituntut

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiada waris tampil menuntut mayat guru wanita, Lo Kwan Fong yang ditemui meninggal dunia di kediamannya di Bandar Selesa Jaya, Skudai, di sini sejak lebih sebulan lalu.

Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Aznan Tamin berkata, sehingga kini jasad mendiang masih disimpan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan telah menjalani proses bedah siasat, Khamis lalu.

"Mendiang dipercayai hidup bersendirian selepas kehilangan ibu bapanya pada Mei 2010.

“Pihak sekolah juga dimaklumkan oleh polis bahawa tiada saudara mara terdekat tampil bagi menuntut mayat guru tersebut sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini, Persatuan Kebudayaan Huaxiao dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya cuba menghubungi ibu saudara mendiang yang dipercayai tinggal di Singapura selain mengesan ahli keluarganya di Taiping, Perak.

Dalam pada itu, pihak persatuan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Woon Hwa merayu kepada orang ramai atau sesiapa yang mengenali mendiang supaya menghubungi Balai Polis Nusa Bestari di talian 07-5112622 atau pihak sekolah bagi membantu mengesan waris.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!