JPN Johor hubungi pelbagai agensi namun gagal kesan Cikgu Kwan Fong

Laporan Sinar Harian mengenai guru ditemui mati dalam rumah selepas hilang sembilan bulan.
Laporan Sinar Harian mengenai guru ditemui mati dalam rumah selepas hilang sembilan bulan.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mengesahkan pihak sekolah tempat mendiang Lo Kwan Fong bertugas pernah beberapa kali cuba mengesan keberadaannya selepas guru itu tidak hadir ke sekolah sejak November tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Aznan Tamin berkata, guru besar sekolah berkenaan telah menghantar surat tunjuk sebab kepada mendiang sebanyak dua kali, masing-masing pada 21 November dan 19 Disember 2024.

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas pihak sekolah gagal menghubungi Kwan Fong melalui panggilan telefon serta media sosial termasuk Telegram, sejak 10 November tahun lalu.

“Seterusnya pada 12 Mac lalu, nombor telefon beliau tidak dapat dihubungi langsung dan pelbagai usaha telah dilakukan bagi mengesannya.

“JPNJ kemudiannya menghubungi beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia serta mendapatkan maklumat daftar alamat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Johor.

“Namun semua usaha itu gagal sehinggalah laporan berita mengenai penemuan mayatnya dilaporkan polis semalam,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, jiran mendiang tampil membuat laporan, 8 malam di Balai Polis Nusa Bestari, Khamis lalu.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira sebulan lalu,” katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!