Fitnah di laman sosial: Pemuda UMNO Perak lapor polis

Faridzul Azlan (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat Pemuda UMNO Perak terhadap kenyataan fitnah oleh akaun Facebook menggunakan nama sebuah portal berita.
Faridzul Azlan (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat Pemuda UMNO Perak terhadap kenyataan fitnah oleh akaun Facebook menggunakan nama sebuah portal berita.
A
A
A

IPOH - Pemuda UMNO Perak hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan palsu mengenai dakwaan UMNO cuba membeli wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) oleh akaun Facebook menggunakan nama sebuah portal berita.

Pengerusi Sekretariat Undang-Undang Pemuda UMNO Perak, Faridzul Azlan Abd Shani berkata, pihaknya meminta siasatan dibuat ke atas pemilik akaun tersebut yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah untuk memburuk-burukkan UMNO kononnya tawaran sebanyak RM7.5 juta diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam isu pelantikan Menteri Besar Perak.

Menurutnya, bagaimanapun kenyataan awal yang dikeluarkan semalam itu telah disunting oleh pentadbir laman sosial tersebut.

"Artikel palsu dan fitnah ini saya percaya berniat jahat, provokatif, mencetuskan persepsi negatif dan boleh mengganggu proses pemilihan Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO Perak nafi wujud gerakan beli ADUN

"Tindakan itu juga menambah kegusaran rakyat serta menimbulkan pandangan jelik terhadap pimpinan UMNO dan Muafakat Nasional Perak," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di Balai Polis Sungai Senam di sini hari ini.

Faridzul Azlan berkata, pihaknya berharap tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap penyiaran kenyataan tersebut.

Jelasnya, siasatan menyeluruh oleh pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dapat dibuat terhadap pemilik akaun Facebook itu.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, UMNO Perak menafikan tuduhan terdapatnya usaha membeli ADUN-ADUN dalam kalangan PH bagi menyokong calon parti itu sebagai Menteri Besar baharu.

Setiausahanya, Datuk Azian Osman berkata, gerakan membeli sepertimana dilaporkan sebuah portal berita, sama sekali tidak wujud dan tidak pernah berlaku.