Perkukuh hubungan komuniti

Karnival Siang Malam kesinambungan karnival sebelum ini, pendekatan hubungan dengan komuniti lebih segar dan inklusif

Jika tahun sebelumnya karnival akan melabuh tirai jam 7 petang, tapi tahun ini Karnival Siang Malam akan berakhir jam 12 tengah malam. (Gambar kecil: Zamri)
Jika tahun sebelumnya karnival akan melabuh tirai jam 7 petang, tapi tahun ini Karnival Siang Malam akan berakhir jam 12 tengah malam. (Gambar kecil: Zamri)
A
A
A
SHAH ALAM – Karnival Siang Malam anjuran Karangkraf bukan sahaja mempromosikan produk syarikat, malah menjadi platform penting yang menghubungkan syarikat dengan komuniti melalui pendekatan lebih segar dan inklusif.
Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, ia bukan program pertama yang dianjurkan oleh syarikat tetapi merupakan kesinambungan daripada karnival Karangkraf sebelum ini.
"Pada tahun 2023 Karangkraf mengadakan Karnival Pendidikan Sinar Bestari, manakala tahun 2024 Karnival Rakyat, tahun ini Karnival Siang Malam yang mempunyai sentuhan dan idea baharu lebih segar.
"Yang pasti, penganjuran Karnival Siang Malam adalah inisiatif Karangkraf bukan sahaja mempromosi produk syarikat ini seperti Sinar Harian, buku dan al-Quran, malah inilah waktu untuk Karangkraf dan rakan-rakan sinergi mendekati komuniti," katanya kepada Sinar Harian.
Karnival berkenaan akan berlangsung pada 25 hingga 27 Julai 2025 di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
Acara ini dijadualkan bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam dan masuk adalah percuma.
Tambah Zamri, pelbagai aktiviti menarik dan mengujakan disediakan penganjur dari pagi hingga ke tengah malam.
"Jika tahun sebelumnya karnival akan melabuh tirai jam 7 petang, tapi tahun ini Karnival Siang Malam akan berakhir jam 12 tengah malam.
"Antara yang ditunggu-tunggu termasuklah maze gergasi, rumah hantu, jualan buku, perarakan, Pasar Saloma, pertandingan kawad, pameran gerai, bazar kopi dan banyak lagi," ujarnya.
Artikel Berkaitan:

Beliau turut mengharapkan agar orang ramai tidak ketinggalan untuk mengunjungi festival yang bakal diadakan pada hujung bulan hadapan.
"Jika dua tahun sebelum ini, jumlah pengunjung mencecah 100,000 untuk tiga hari, kita berharap tahun ini lebih ramai warga Lembah Klang dan sekitarnya untuk menghadiri Karnival Siang Malam," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!