Riuh Rewang SinarPlus x Mahsuri warnai Karnival Siang Malam Karangkraf

Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai ini.
Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Riuh Rewang SinarPlus x Mahsuri dijangka menjadi antara tarikan utama di bawah pengendalian SinarPlus sempena Karnival Siang Malam Karangkraf yang dijadualkan berlangsung Julai depan.

Eksekutif Editor Gaya Hidup & Hiburan Sinar Harian yang juga merupakan pengurus projek, Meen Tahrin berkata, program tersebut merupakan pertandingan memasak secara berkumpulan bagi mencari tukang masak terbaik.

Menurutnya, ia secara tidak langsung akan menyemarakkan semangat kerjasama sambil mengekalkan keunikan sajian tempatan.

Meen
Meen

“Bukan itu sahaja, SinarPlus juga menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua pengunjung sebagai langkah ke arah gaya hidup sihat dan kesedaran awal terhadap penjagaan kesihatan.

“Selain itu, menariknya Karnival Siang Malam Karangkraf ini lagi, ia akan diadakan selama tiga hari bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam, lebih lama berbanding tahun sebelumnya yang hanya berlangsung sehingga jam 7 malam sahaja,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Kata beliau, dengan tempoh yang lebih panjang, pengunjung dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti rumah hantu, maze gergasi, Pasar Saloma, jualan buku dan go-kart.

“Manakala pada sebelah malam, kita ada pertandingan dan persembahan busking Jiwa Muda, pertunjukan kereta klasik, persembahan api dan larian malam SinarRun,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, melalui pengisian yang bermanfaat seperti pemeriksaan kesihatan dan aktiviti kekeluargaan, ia mencerminkan komitmen pihaknya sebagai media yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat.

“Kami berharap karnival ini akan menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan gaya hidup sihat, menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam program komuniti dan mendekatkan jenama SinarPlus dengan orang ramai melalui pendekatan mesra, menyeronokkan serta berinformasi.

“Kami ingin menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat dan positif masyarakat. Semoga karnival ini membawa manfaat, keceriaan dan kenangan indah buat semua yang hadir,” katanya.

Karnival Siang Malam Karangkraf yang dijadualkan berlangsung pada 25 hingga 27 Julai depan di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, turut memberi peluang kepada pengunjung menyertai cabutan bertuah.

Antara hadiah eksklusif yang ditawarkan ialah motosikal WMoto ES250, Benelli Panarea, tiket taman tema Berjaya Times Square Kuala Lumpur, barangan elektrik dan elektronik dari Russell Taylors dan lain-lain lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!