Imigresen kesan dua lelaki warga asing, minta bantuan orang ramai

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai memberikan maklumat berhubung dua lelaki warga asing bagi tujuan perbicaraan satu kes pendakwaan di mahkamah.
Menerusi kenyataan akhbar JIM pada Ahad, lelaki tersebut bernama Matsurah warga Indonesia berusia 53 tahun, alamat terakhir di Kampung Bukit Damar, Dengkil Selangor.
"Seorang lagi lelaki warga Pakistan bernama Azhar Hayat berusia 48 tahun, alamat terakhir di Taman Desa, Kuala Lumpur," katanya.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua lelaki tersebut dikehendaki JIM bagi tujuan perbicaraan kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM, Nur Marlina Daraman, di talian 03-88801325 / 1211 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
