SST berisiko jejaskan kontrak, bajet dan jadual projek - Persatuan kontraktor

Kerajaan digesa agar mempertimbangkan semula cadangan untuk meluaskan pelaksanaan SST ke dalam industri pembinaan. Gambar hiasan
Kerajaan digesa agar mempertimbangkan semula cadangan untuk meluaskan pelaksanaan SST ke dalam industri pembinaan. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Kontraktor perumahan Malaysia (PKPM) menggesa kerajaan agar mempertimbangkan semula cadangan untuk meluaskan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke dalam industri pembinaan.

Presidennya, Ir Dr Muhsin Abdul Ghani berkata, industri pembinaan ketika ini sudah pun tertakluk kepada pelbagai lapisan cukai yang merangkumi pelbagai aspek pelaksanaan projek termasuk bahan binaan, tenaga kerja dan peralatan.

Menurutnya, pengenalan cukai baharu khususnya jika dilaksanakan secara retroaktif berisiko menjejaskan kontrak sedia ada, bajet serta jadual pelaksanaan projek.

"Situasi ini dijangka menimbulkan pelbagai masalah kerana pihak pelanggan lazimnya enggan menanggung sebarang kos tambahan berkaitan cukai yang tidak termaktub dalam perjanjian asal.

"Akhirnya, beban kewangan ini terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor terutamanya kontraktor reka dan bina yang pastinya memberi tekanan besar kepada kelangsungan operasi serta margin keuntungan mereka," katanya dalam kenyataan pada Jumaat

Kenyataan tersebut susulan semakan semula kadar cukai jualan dan perluasan skop cukai perkhidmatan secara bersasar yang akan dilaksanakan kerajaan berkuat kuasa 1 Julai ini selaras dengan pengumuman Belanjawan 2025 pada Oktober tahun lalu.

Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2025, pelaksanaan SST akan dibuat secara bersasar bagi memastikan rakyat kebanyakan tidak terbeban manakala barangan asas harian serta perkhidmatan asas tidak dinaikkan cukai jualan atau dikenakan cukai perkhidmatan

Muhsin menambah, PKPM turut mewakili kontraktor-kontraktor bina rumah atas tanah sendiri turut menyuarakan kebimbangan bakal terkesan.

"Langkah ini akan terus membebankan ahli-ahli yang baru sahaja mula bernafas selepas melalui tempoh sukar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!