SPRM perkukuh keupayaan pegawai komunikasi strategik

Hisyam (kiri) menerima sijil penghargaan daripada Jaffri Amin semasa membuat kunjungan hormat di Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada Khamis.
Hisyam (kiri) menerima sijil penghargaan daripada Jaffri Amin semasa membuat kunjungan hormat di Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memperkukuhkan keupayaan pegawainya dalam bidang komunikasi strategik dan pengurusan krisis dengan mendapatkan akreditasi daripada Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM).

IPRM merupakan sebuah badan profesional perhubungan awam yang ditubuhkan sejak Mac 1962.

Pengarah BKS SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, inisiatif ini adalah selaras dengan Pelan Komunikasi Strategik SPRM 2026-2030 yang turut memfokuskan kepada penjenamaan semula profesionalisme pegawai bagi memastikan mereka melaksanakan tugas mengikut standard industri.

"Dengan akreditasi daripada IPRM ini, BKS SPRM akan memperkukuhkan keupayaan pegawai dalam bidang komunikasi strategik dan pengurusan krisis.

"IPRM berperanan sebagai badan profesional yang menetapkan etika dan piawaian dalam bidang perhubungan awam di Malaysia," katanya ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden IPRM, Jaffri Amin Osman di Aras 10, Kementerian Komunikasi, di sini pada Khamis.

Hisyam (depan) mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada Khamis.
Hisyam (depan) mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Komunikasi, Putrajaya pada Khamis.

Beliau berkata, pegawai BKS yang menjadi ahli IPRM akan menikmati akses kepada latihan berstruktur, pensijilan akreditasi dan jaringan profesional yang memberi nilai tambah kepada kredibiliti SPRM dalam menyampaikan mesej dengan tepat dan berkesan.

Jelasnya, ini sekali gus mengekalkan imej positif SPRM.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, BKS SPRM turut mencadangkan IPRM mengambil peranan sebagai badan bebas untuk memudahcara rangka kerja standard dan amalan terbaik pengurusan krisis komunikasi dalam kalangan agensi kerajaan.

"Melalui kerangka ini, semua agensi akan mempunyai prosedur operasi standard yang telus dan seragam dalam menghadapi sesuatu krisis komunikasi agar pengurusan komunikasi lebih terarah, konsisten dan berpandukan piawaian profesional," ujarnya.

Turut hadir Setiausaha Kehormat IPRM, Mohd Nur Najmi Nuji; Bendahari Kehormat dan Pengarah Perhubungan Antarabangsa IPRM, Prof Madya Dr Wan Norbani Wan Noordin; Pengarah Latihan dan Pembangunan Profesional yang juga Penolong Setiausaha Bersama IPRM, J D Lovrenciear serta Pengarah Pendidikan IPRM, Prof Madya Dr Nurul Ain Mohd Hasan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!