Lelaki ditahan pelihara 15 burung spesies dilindungi

Antara burung yang dirampas dalam serbuan di Sunagi Petani kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Ahad.
Antara burung yang dirampas dalam serbuan di Sunagi Petani kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Ahad.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai menyimpan dan memelihara 15 burung tanpa lesen serta permit sah dalam operasi bersepadu di Bandar Seri Astana di sini pada Ahad.

Menurut kenyataan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), serbuan kira-kira jam 12.15 tengah hari itu dijalankan Cawangan Risik PSP Bukit Aman Zon Utara dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah serta Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Bersepadu Khazanah Siri 2/2026.

"Operasi berkenaan dilaksanakan hasil maklumat awam dan risikan, pemeriksaan di sebuah rumah dan stor di hadapan premis berkenaan menemukan sebanyak 15 burung disyaki daripada spesies dilindungi yang disimpan di dalam sangkar," katanya.

Menurutnya, antara hidupan liar yang dirampas ialah tujuh burung Murai Batu, tiga burung Serindit, dua burung Merbah Jambul Hitam serta tiga burung Merbah Luris Leher.

"Individu berusia 46 tahun itu disyaki menyimpan hidupan liar tanpa sebarang lesen atau permit khas yang sah daripada Perhilitan.

"Kita turut merampas sebuah telefon bimbit. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM237,950," katanya.

Menurut kenyataan itu, lelaki itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk dokumentasi dan seterusnya diserahkan kepada pihak Perhilitan Kedah.

"Suspek telah dibebaskan dengan jaminan oleh Pegawai Penyiasat Perhilitan Kedah. Kes disiasat di bawah Seksyen 60(1)(a) dan Seksyen 68(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.

Ends

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki tempatan ditahan kerana memelihara 15 burung dilindungi tanpa lesen di Sungai Petani
  • Operasi penahanan melibatkan kerjasama Cawangan Risik PSP Bukit Aman, Perhilitan Kedah dan PGA
  • Serbuan berdasarkan maklumat awam dan risikan menemukan burung dalam sangkar di rumah dan stor
  • Antara burung yang dirampas termasuk tujuh burung Murai Batu dan tiga burung Serindit
  • Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM237,950 dan suspek dibebaskan dengan jaminan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!