SPRM tahan dua pegawai kanan persatuan sukan di Johor

Dua pegawai kanan sebuah persatuan sukan di negeri ini di bawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman. Foto SPRM Johor
Dua pegawai kanan sebuah persatuan sukan di negeri ini di bawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman. Foto SPRM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua pegawai kanan sebuah persatuan sukan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit salah guna kuasa.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 60-an terdiri daripada seorang presiden persatuan sukan dan bekas setiausaha kehormat itu ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM Johor pada jam 4 petang Rabu.

"Suspek pertama yang juga Presiden persatuan sukan berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu antara 2023 hingga 2025.

"Suspek disyaki menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan Setiausaha Kehormat memindahkan sebahagian daripada sumbangan berjumlah kira-kira RM1.3 juta yang diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan pihak swasta untuk aktiviti persatuan, dipindahkan daripada akaun persatuan ke akaun miliknya serta anaknya.

Dua pegawai kanan sebuah persatuan sukan di negeri ini ditahan SPRM kerana disyaki terbabit salah guna kuasa. Foto SPRM Johor
Dua pegawai kanan sebuah persatuan sukan di negeri ini ditahan SPRM kerana disyaki terbabit salah guna kuasa. Foto SPRM Johor

"Suspek kedua membabitkan bekas Setiausaha Kehormat pula dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2023 hingga 2024 dengan mengemukakan dokumen permohonan yang mengandungi butir matan palsu berkaitan bayaran latihan berjumlah kira-kira RM15,000 dan bayaran subsidi peralatan sukan berjumlah kira-kira RM12,000 kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) sedangkan program dan pembekalan tidak dilakukan," kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 23 dan 18 Akta SPRM 2009.

"Perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 17 Februari terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi Khamis," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!