Felda perkukuh transformasi industri sawit

Ahmad Shabery ( kanan) melihat reruai pameran di Dewan Semai Bakti, Felda Lok Heng Timur pada Khamis.
Ahmad Shabery ( kanan) melihat reruai pameran di Dewan Semai Bakti, Felda Lok Heng Timur pada Khamis.
A
A
A

KOTA TINGGI – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terus mengorak langkah memperkukuh transformasi sektor perladangan negara menerusi Majlis Anugerah Projek 25:23 Terbaik 2024.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, inisiatif seperti Projek 25:23 mampu mengangkat semula sektor perladangan sawit Felda sebagai antara peneraju utama dalam industri, selain memberi nilai tambah kepada pendapatan peneroka dan pengurusan ladang.

Pada masa sama katanya, Felda turut memperluaskan pelaksanaan Model Operasi Pusat Mengumpul Sawit (PMS) “Damar Berkat”, yang diperkenalkan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) sejak April lalu.

Menurut beliau, model berkenaan bukan sekadar menyelaras pengumpulan hasil malah menyasarkan penghapusan ketirisan, peningkatan ketelusan urus niaga dan jaminan pendapatan yang lebih tinggi kepada peneroka.

“Projek rintis telah dilaksanakan di Felda Bukit Damar, Lanchang, Pahang. Dalam masa terdekat, 11 lokasi baharu akan terlibat dan sasaran kita adalah untuk mengembangkan model ini ke lebih 40 lokasi seluruh negara.

Ahmad Shabery (empat kanan) bergambar bersama kakitangan dan peneroka di Dewan Semai Bakti Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi pada Khamis.
Ahmad Shabery (empat kanan) bergambar bersama kakitangan dan peneroka di Dewan Semai Bakti Felda Lok Heng Timur, Kota Tinggi pada Khamis.

“PMS Damar Berkat ini diharap menjadi satu ‘game changer’ dalam pengurusan buah sawit dari ladang ke kilang dengan sistem belian yang lebih telus, kawalan kualiti BTS, logistik penghantaran yang efisien serta tawaran harga lebih kompetitif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Projek 25:23 di Dewan Semai Bakti Felda Lok Heng Timur, di sini pada Khamis.

Majlis tersebut memberi pengiktirafan kepada warga Felda dan pengurus ladang yang berjaya meningkatkan produktiviti serta kualiti Buah Tandan Segar (BTS) mengikut sasaran Projek 25:23, iaitu 25 tan BTS sehektar dan kadar perahan minyak (OER) sebanyak 23 peratus menjelang 2027.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Shabery berkata, setakat ini, sebanyak enam lokasi baharu dikenal pasti bagi pelaksanaan PMS ini iaitu di Felda Ijok, Nenering, Layang-Layang, Sri Ledang, Kampung New Zealand dan Chemplak/Chemplak Barat.

Dalam pada itu, majlis yang berlangsung menyaksikan penyampaian anugerah kepada individu dan kompleks ladang terbaik dalam pelaksanaan Projek 25:23, selain peluasan program itu ke 15 kompleks Felda lain.

Felda bersama anak syarikatnya terus memainkan peranan sebagai antara penyumbang utama dalam industri minyak dan lelemak global, seiring dengan agenda kelestarian, daya saing dan pemerkasaan ekonomi bumiputera.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!