Nahas FRU: Lori batu bawa muatan melebihi had dibenarkan

Laporan Sinar Harian berkaitan kemalangan ragut 9 nyawa anggota FRU.
Laporan Sinar Harian berkaitan kemalangan ragut 9 nyawa anggota FRU.
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Lori muatan batu yang terbabit dalam nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada 13 Mei lalu disahkan membawa muatan melebihi had dibenarkan sebanyak 70.67 peratus.

Laporan awal kemalangan maut membabitkan dua kenderaan berat itu mendedahkan bahawa lori berkenaan membawa muatan dengan kapasiti Berat Dengan Muatan (BDM) sehingga 40,960 kilogram (kg).

Menurut laporan tersebut, jumlah muatan itu jelas tidak selaras dengan syarat lesen dan telah melebihi had BDM yang ditetapkan iaitu 24,000kg, sekali gus melanggar Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah 89 Kenderaan Bermotor.

“Pengurusan tenaga kinetik kenderaan amat kritikal dalam keselamatan jalan raya. Sebagai contoh, lori dengan BDM 24,000kg pada kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) menghasilkan tenaga kinetik sekitar 833 kilojoule (kJ). Namun, lori dengan BDM 40,960kg pada kelajuan sama menghasilkan sekitar 1,422kJ – hampir dua kali ganda,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya lagi, berat dan kelajuan yang tinggi bukan sahaja meningkatkan impak pelanggaran, malah turut meningkatkan risiko kecederaan serius dalam kemalangan.

Terdahulu, trak FRU membawa 18 anggota dari Unit 5 Sungai Senam terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan batu pada kira-kira jam 8.50 pagi.

Lapan anggota maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. Sembilan anggota lagi mengalami kecederaan.

Kenderaan FRU itu dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bertugas sempena sambutan perayaan Chitrapournami sebelum dilanggar lori terbabit.

Tambah laporan itu, analisis kinematik dan kelajuan lori mendapati persamaan diaplikasikan secara iteratif bermula daripada fasa berhenti (kelajuan sifar) ke belakang sehingga ke titik kesan brek pertama.

Artikel Berkaitan:

"Pekali geseran ditetapkan mengikut jenis interaksi iaitu 0.7 hingga 0.8 bagi tayar mengunci, manakala 0.35 hingga 0.65 bagi geseran logam-jalan atau tanah dan segmen bergolek (0.01).

"Melalui pengiraan ke belakang ini, kelajuan minimum lori sejurus sebelum kesan brek pertama dianggarkan antara 63 km/j hingga 70 km/j,"ujarnya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!