Nahas pelajar UPSI: Polis tubuh pasukan petugas khas siasat nahas bas

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ditemui media di Hospital Gerik hari ini berkaitan nahas kemalangan jalan raya di KM53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli. Foto Bernama
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ditemui media di Hospital Gerik hari ini berkaitan nahas kemalangan jalan raya di KM53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli. Foto Bernama
A
A
A
GERIK - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan membabitkan bas sewa khas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, PDRM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan akan menyiasat nahas itu secara menyeluruh

"Kita akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk kita mendakwa pemandu (bas) tersebut di mahkamah.

"Kita akan menyiasat dalam pelbagai sudut dari segi rekod (kesalahan), latar belakang, kegiatan dan kerjaya dia sebelum ini, kita akan siasat semuanya," katanya kepada pemberita di Unit Kecemasan Hospital Gerik hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata 15 pelajar UPSI maut dalam itu yang membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna di JRTB Banun berhampiran Tasik Banding di sini.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata bas itu membawa 42 pelajar terdiri daripada lapan lelaki dan 32 perempuan berusia lingkungan 21 hingga 23 tahun yang berasal dari Pantai Timur. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!