'Demam selamatkan saya dari nahas'

Keadaan di dalam bas persiaran yang terlibat nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin. (Gamabr kecil: Nur Irdina)
Keadaan di dalam bas persiaran yang terlibat nahas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin. (Gamabr kecil: Nur Irdina)
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersyukur diberi peluang kedua untuk terus hidup apabila dirinya terselamat daripada terlibat dalam nahas kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas persiaran dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang meragut nyawa 15 rakannya di Jalan Raya Timur-Barat menghubungkan Gerik-Jeli di Gerik sekitar jam 1 pagi pada Ahad.

Menurut Muhammad Shafie Mat Anuar, 21, dia sepatutnya menaiki rombongan bas berkenaan untuk pulang bersama 42 pelajar lain ke kampus di Tanjung Malim, Perak, namun tidak berbuat demikian kerana perlu menjalani rawatan di wad pada hari kejadian akibat demam.

"Saya bersyukur walaupun jatuh sakit sehingga terpaksa ditahan di wad, tapi ALLAH SWT selamatkan saya daripada kemalangan itu.

"Namun, saya tetap sedih mengenangkan nasib rakan-rakan yang menjadi mangsa dalam insiden tersebut kerana ada terkorban, ada cedera dan ada yang tidak tahu khabar berita," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Dia yang berasal dari Jertih berkata, keberadaannya di hospital disebabkan dirinya mengalami jangkitan virus leptospirosis (kencing tikus), sekali gus mengakibatkan demam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, sebuah bas yang membawa lebih 40 pelajar UPSI dilaporkan terbabas ketika dalam perjalanan pulang daripada cuti balik kampung di Jerteh, Terengganu.

Seramai 15 pelajar disahkan maut, manakala selebihnya mengalami kecederaan pelbagai tahap dan sedang dirawat di Hospital Gerik serta Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Tambah pelajar semester kedua Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian itu, walaupun dirinya kurang sihat, namun dirinya akan terus menunggu untuk mendapatkan khabar nasib rakan-rakannya yang lain.

Menurutnya lagi, kejadian yang meragut nyawa 15 pelajar universiti itu hanya diketahui selepas bangun tidur dan menerima kemas kini daripada rakan-rakan lain.

Artikel Berkaitan:

"Harapan saya agar rakan-rakan yang cedera segera sembuh dan saya juga mendoakan mereka yang terkorban dicucuri rahmat-Nya dah ditempatkan ke dalam syurga," luahnya dengan nada sayu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!