JPJ sekat bas ekspres, tayar haus dikesan

Sebuah bas ekspres disekat perjalanan selepas dikesan gagal menyelenggara tayar kenderaan dengan baik. Foto FB JPJ Pahang
Sebuah bas ekspres disekat perjalanan selepas dikesan gagal menyelenggara tayar kenderaan dengan baik. Foto FB JPJ Pahang
A
A
A

KUANTAN – Sebuah bas ekspres disekat daripada meneruskan perjalanan selepas dikesan gagal menyelenggara tayar kenderaan dengan baik dalam pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Terminal Sentral Kuantan di sini pada Sabtu.

Menurut kenyataan Unit Korporat JPJ Pahang pada Ahad, tindakan itu diambil anggota unit operasi jabatan itu menerusi Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 bagi memastikan keselamatan penumpang laluan Kuantan ke Johor Bahru sentiasa terjamin.

Susulan itu katanya, notis larangan penggunaan kenderaan dan notis arah periksa telah dikeluarkan terhadap bas berkenaan.

“Pihak syarikat diarahkan menyediakan bas gantian bagi membawa penumpang ke destinasi.

"Bas gantian itu turut menjalani pemeriksaan sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan,” menurut kenyataan tersebut.

Selain itu katanya, satu kompaun dikenakan terhadap pemilik bas kerana mengabaikan aspek penyelenggaraan yang boleh membahayakan penumpang.

Tegasnya, JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengusaha kenderaan awam yang culas dalam aspek penyelenggaraan sehingga boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya.

Dalam operasi berasingan, Bahagian Penguatkuasa JPJ Pahang mengeluarkan 67 notis saman menerusi Ops Khas Motosikal di sekitar bandar raya ini.

Artikel Berkaitan:

Bahagian Penguat Kuasa JPJ Pahang mengeluarkan 67 notis saman menerusi Ops Khas Motosikal di sekitar bandar raya ini. Foto FB JPJ Pahang
Bahagian Penguat Kuasa JPJ Pahang mengeluarkan 67 notis saman menerusi Ops Khas Motosikal di sekitar bandar raya ini. Foto FB JPJ Pahang

Katanya, antara kesalahan dikesan termasuk tiada lesen memandu yang sah, ubah suai tidak mengikut spesifikasi, cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

"Sebuah motosikal yang ditunggang warga asing turut disita mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan salah laku trafik atau kenderaan tidak selamat digalakkan menyalurkannya melalui aplikasi MyJPJ (e-Aduan@JPJ) atau e-mel aduantrafik@jpj.gov.my untuk tindakan lanjut," katanya.

Ringkasan AI

  • Bas ekspres disekat daripada meneruskan perjalanan kerana gagal menyelenggara tayar dengan baik
  • Ops Tahun Baharu Cina 2026 dilakukan untuk memastikan keselamatan penumpang
  • Notis larangan penggunaan kenderaan dan arah periksa dikeluarkan kepada bas terbabit
  • Syarikat bas diarahkan menyediakan bas gantian untuk penumpang
  • JPJ mengenakan kompaun terhadap pemilik bas kerana mengabaikan penyelenggaraan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!