MTUC Sabah gesa pemilihan semula kepimpinan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sabah menggesa Jawatankuasa Bersama Khas (JBK) mengutamakan pelaksanaan pemilihan semula pegawai-pegawai baharunya bagi memimpin kongres tersebut.

Pengerusi MTUC Sabah, Mohd Airy Arin berkata, JBK perlu segera mengadakan mesyuarat majlis am untuk sahkan proses pemilihan agar MTUC boleh bangkit semula menjalankan peranan yang sewajarnya untuk mewakili kepentingan pekerja di Malaysia.

"MTUC kini ditadbir oleh JBK yang dilantik oleh mahkamah dengan mandat khusus untuk mengadakan pemilihan semula kepimpinan dalam tempoh 90 hari dari tarikh perintah pada 21 Februari hingga 22 Mei 2025.

"Keputusan itu kemudiannya mendapat perintah penyambungan dan kini akan berakhir pada Ogos 2025," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, Pengerusi JBK MTUC, J Solomon dilaporkan terkejut dengan tindakan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) tidak membawa seorang pun wakil daripada MTUC untuk menghadiri ILC dan mendakwa ia suatu pelanggaran jelas ke atas Perlembagaan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang mengkehendaki perwakilan penuh tiga pihak iaitu wakil kerajaan, majikan dan pekerja.

Beliau kemudian memfailkan aduan rasmi kepada Jawatankuasa Kelayakan ILO mengenai dakwaan pelanggaran serius itu kerana menganggap ia memalukan Malaysia yang juga Pengerusi ASEAN.

Dalam pada itu, Mohd Airy berkata, MTUC Sabah dimaklumkan bahawa JBK mengeluarkan kenyataan membantah bahawa kerajaan enggan memberikan kelayakan kepada perwakilan daripada MTUC untuk menyertai Persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang berlangsung di Geneva, Switzerland.

"Diingatkan bahawa pada 21 Februari 2025, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan perintah dengan persetujuan pihak yang bertikai menubuhkan JBK yang berperanan khusus untuk menjalankan Persidangan Perwakilan (SDC) khas untuk memilih pimpinan baharu yang mana hendaklah dijalankan dalam tempoh 90 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.

"Malangnya JBK tidak dapat memenuhi tempoh yang ditetapkan dan sehingga hari ini masih belum ada pegawai yang dapat menjalankan tugas MTUC.

Artikel Berkaitan:

"Umum ketahui, Persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILC) merupakan platform tripartite yang menghimpunkan tiga pihak utama, iaitu kerajaan, majikan dan pekerja, sejajar dengan semangat rundingan bersama yang menjadi tunjang sistem buruh antarabangsa," katanya.

Tambahnya, dalam hal ini JBK tidak mempunyai mandat untuk menamakan atau mencalonkan mana-mana pegawai menjadi perwakilan MTUC.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!