Sesak 8km gara-gara lori sampah!

Lori sampah terbalik di Jalan Tunku Kudin dalam kejadian pagi tadi menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 8km.
Lori sampah terbalik di Jalan Tunku Kudin dalam kejadian pagi tadi menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh 8km.
A
A
A

GEORGETOWN - Sebuah lori sampah terbalik di Jalan Tunku Kudin di sini pagi tadi menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas sejauh 8 kilometer (km) dalam tempoh empat jam berikutan jalan ditutup untuk kerja pembersihan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati lori sampah tersebut datang dari arah Jambatan Pulau Pinang menghala ke bulatan Gelugor.

Menurutnya, bagaimanapun ketika tiba di Jalan Tunku Kudin, pemandu lori tersebut hilang kawalan lalu naik ke atas pembahagi jalan dan terbalik melintangi jalan raya.

"Akibat daripada itu, kita menutup jalan tersebut untuk tujuan pembersihan dan mengalihkan lori berkenaan. Kerja-kerja melibatkan beberapa anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang.

"Pemandu lori warga tempatan berusia 50-an dan kelindan yang merupakan warga Indonesia berusia 40-an mengalami cedera ringan. Mereka dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: