SPRM sita Menara Ilham milik Daim

Menara Ilham
Menara Ilham
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menyita bangunan Menara Ilham yang terletak di Jalan Binjai, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan SPRM, pada Khamis, sitaan itu berdasarkan Notis Penyitaan Harta Tak Alih mengikut Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bertarikh 4 Jun.

"Menerusi notis ini, kebenaran sitaan ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) di mana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh Pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001," katanya.

Sehubungan itu, adalah diperintahkan bangunan Menara Ilham disita oleh pegawai penyiasat SPRM dan segala urusan berhubung pindah milik harta tidak alih berkenaan kini adalah dilarang dan kegagalan untuk mematuhi notis ini merupakan suatu kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001.

Menara Ilham itu dikatakan milik bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Menara Ilham siap dibina pada 2015, juga dikenali sebagai Menara IB singkatan Ilham Baru, menempatkan hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!