Pemandu lori tersepit nahas dua kenderaan

Anggota bomba sedang menjalankan usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan babitkan dua kenderaan pada di Lebuhraya PLUS arah selatan di Rawang pada Selasa.
Anggota bomba sedang menjalankan usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan babitkan dua kenderaan pada di Lebuhraya PLUS arah selatan di Rawang pada Selasa.
A
A
A

RAWANG - Seorang pemandu lori tersepit apabila kenderaan dipandunya itu terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah treler di Kilometer (KM) 441 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.52 pagi.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 9.09 pagi sebelum mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah lori lima tan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Mukhlis berkata, kejadian mengakibatkan mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun tersepit di bahagian pemandu lori lima tan itu.

"Anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba di lokasi kejadian dan dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kaki,” katanya.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan seramai 14 anggota bomba.

"Operasi turut menggunakan tiga jentera iaitu Fire Rescue Tender (FRT), Rapid Rescue Vehicle (RRV) dan Compact Fire Rescue Tender (CFRT).

Artikel Berkaitan:

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut," katanya.

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu lori tersepit dalam kemalangan di KM 441 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 8.52 pagi
  • Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang digerakkan ke lokasi kejadian
  • Kemalangan melibatkan sebuah lori kontena dan sebuah lori lima tan
  • Mangsa, seorang lelaki berusia 33 tahun, mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan diselamatkan dengan menggunakan peralatan khas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!