MCA kembali diwakili dalam kerajaan Persekutuan

Wee Ka Siong, Wee Jeck Seng
Wee Ka Siong, Wee Jeck Seng
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan barisan Jemaah Menteri pelbagai kaum dengan turut menamakan dua ahli Parlimen daripada MCA.

Beliau berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.

Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng pula memegang jawatan Timbalan Menteri 1 Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Muhyiddin mengumumkan barisan Kabinet citra baharu itu pada sidang berita khas di Putrajaya.

Pada 1 Mac lepas, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kerajaan pimpinan Muhyiddin merangkumi Bersatu, Barisan Nasional, Pas dengan disokong Gabungan Parti Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan: