12,000 kanak-kanak 'naik haji'

Acara simulasi ibadah haji itu berlangsung secara serentak di seluruh negara pada Rabu dan Khamis dengan penyertaan 11,992 kanak-kanak.
Acara simulasi ibadah haji itu berlangsung secara serentak di seluruh negara pada Rabu dan Khamis dengan penyertaan 11,992 kanak-kanak.
A
A
A

IPOH – [DIKEMAS KINI] "Macam kat TV, hari ini saya buat sama macam orang pergi haji."

Rasa gembira itu dikongsi seorang kanak-kanak perempuan, Adrina Safiya Mohamad Suhaimi, 6, yang merupakan peserta program Mega Little Hajj 2025 peringkat negeri Perak yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini pada Rabu.

Sambil tersenyum bangga mengenakan telekung putih, Adrina Safiya tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya kerana dapat mengikuti program berkenaan.

"Saya bangun awal jam 6 pagi, naik bas ramai-ramai datang ke masjid. Kat sini kami buat tawaf, sa’i... semualah," katanya.

Acara simulasi ibadah haji itu berlangsung secara serentak di seluruh negara pada Rabu dan Khamis dengan penyertaan seramai 11,992 kanak-kanak membabitkan lebih 400 tadika Little Caliphs.

Apa yang membanggakan, semua kanak-kanak ini bukan sahaja mampu menyebut rukun haji satu persatu, malah memahami dengan jelas susunan dan maksudnya bermula daripada ihram, wukuf, tawaf, sa’i hingga tahallul.

"Mula-mula saya niat pakai ihram, lepas tu saya kena berwukuf dan baling batu.

"Saya juga ada buat tawaf, sa’i dan gunting rambut (tahallul). Seronok dapat buat semua," kata Harith Naufal Kamarulariffin, 6, yang lengkap berbaju ihram.

Artikel Berkaitan:

Program Mega Little Hajj 2025 peringkat negeri Perak yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh pada Rabu melibatkan 688 kanak-kanak.
Program Mega Little Hajj 2025 peringkat negeri Perak yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh pada Rabu melibatkan 688 kanak-kanak.

Penyertaan hampir 12,000 orang itu bakal mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records sebagai penyertaan serentak terbesar bagi simulasi ibadah haji oleh kanak-kanak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!