Anggota kastam parah ditimpa pokok tumbang

Akaun rasmi JKDM Perak memuat naik keadaan terkini seorang pegawai wanita yang cedera ditimpa dahan pokok di Taiping, baru-baru ini. Foto ihsan pembaca
Akaun rasmi JKDM Perak memuat naik keadaan terkini seorang pegawai wanita yang cedera ditimpa dahan pokok di Taiping, baru-baru ini. Foto ihsan pembaca
A
A
A

TAIPING – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) memberi jaminan akan mempertingkat keselamatan pengunjung selepas kejadian seorang pegawai wanita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) parah ditimpa pokok tumbang ketika beriadah di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS), Ahad lalu.

Yang Dipertuanya, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, pihaknya memandang serius insiden itu dan telah mengambil tindakan segera sejurus kejadian dilaporkan.

“Kawasan kejadian telah dikawal dan ditandakan sebagai zon larangan buat sementara waktu bagi tujuan siasatan dan keselamatan.

“Pemantauan terhadap kehadiran beruk dan kera liar juga turut dipertingkatkan kerana haiwan ini berkemungkinan menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada insiden,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, pemeriksaan menyeluruh sedang giat dijalankan terhadap semua pokok dalam kawasan ZTNS.

"Pemeriksaan melibatkan di laluan utama dan kawasan tumpuan pelawat bagi mengenal pasti pokok yang tidak stabil atau berisiko tumbang.

“Sebagai langkah pencegahan, pokok yang dikenal pasti berisiko akan dipangkas atau ditebang serta-merta,” katanya.

Tambah Khairul Amir, MPT juga merancang melantik kontraktor khusus bagi kerja pemangkasan pokok tinggi bermula Julai depan.

"Selain itu kekerapan kerja penyelenggaraan dan penilaian kesihatan pokok secara berkala juga akan ditingkatkan.

Artikel Berkaitan:

"Sejak 2018 hingga 2024, lebih 470 batang pokok telah dipangkas atau ditebang di bawah seliaan MPT melibatkan kos melebihi RM300,000," katanya.

Terdahulu, mangsa, Nurul Nadia Azira Tajarudin yang bertugas di Cawangan Cukai Dalam Negeri, Stesen Lumut dilaporkan cedera selepas ditimpa dahan pokok semasa berjoging di tempat kejadian.

Beliau mengalami kecederaan patah tulang tengkuk dan bahu kini menerima rawatan lanjut di Hospital Taiping. Difahamkan, mangsa kini dalam keadaan stabil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!