Tiada guru SK Pristana positif Covid-19

Azmanizam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.
Azmanizam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana menafikan sekeras-kerasnya laporan sebuah portal mendakwa seorang tenaga pengajar di sekolah terbabit positif koronavirus (Covid-19).

Zazaluma Harun berkata, apa yang dilaporkan portal tersebut adalah berita palsu dan sengaja disensasikan.

"Saya menyelar kenyataan palsu oleh portal tersebut yang mendakwa seorang guru di sini didapati positif Covid-19.

"Pihak sekolah kecewa kerana perkara ini disensasikan dan menjadi tular di media sosial," katanya.

Menurutnya, ia mencetuskan panik dalam kalangan ibu-bapa dan masyarakat sekeliling sedangkan ia tidak berlaku.

"Apa pun, saya berharap orang ramai merujuk info rasmi di sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengetahui perkembangan Covid-19," katanya.

Zazaluma berharap netizen berhenti berkongsi atau menyebarkan berita tersebut di media sosial.

"Pihak sekolah menerusi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Azmanizam Baharon membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor bagi tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam laporan sebuah portal hari ini mendakwa, seorang guru di sekolah tersebut positif Covid-19 dan ia disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli.

Mohd Shaid mengeluarkan kenyataan itu ketika merasmikan Sukan Tahunan Kali Ke-8, Sekolah Kebangsaan Desa Aman (Sedesa), Sungai Buloh hari ini.