Budak maut kebakaran PPR Krubong: Alat pemadam api, gelung hos rosak akibat vandalisme

Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Afizul Hakim Alias, 4, maut dalam bilik ketiga unit rumah di tingkat enam PPR Krubong pada 16 Mei lalu. Gambar kecil: Mohd Zaidi
Seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Afizul Hakim Alias, 4, maut dalam bilik ketiga unit rumah di tingkat enam PPR Krubong pada 16 Mei lalu. Gambar kecil: Mohd Zaidi
A
A
A

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengakui terdapat beberapa peralatan bomba di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong yang tidak berada dalam keadaan baik ketika kebakaran berlaku di lokasi itu pada Jumaat lalu.

Pengarah JBPM Melaka, Mohd Zaidi Ma’at berkata, hasil pemeriksaan mendapati wujud unsur vandalisme ke atas peralatan kebombaan sehingga menyukarkan penduduk memberikan bantuan awal bagi memadam kebakaran sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

"Pili bomba di blok berkenaan masih berfungsi dengan baik sewaktu kejadian, namun kerosakan berlaku pada gelung hos dan alat pemadam api yang kebanyakannya sudah tidak berfungsi dipercayai akibat vandalisme.

"Siasatan lanjut kini dijalankan daripada pelbagai sudut termasuk aspek kecuaian serta kerosakan sistem kebombaan di PPR tersebut," katanya selepas Majlis Perasmian Seminar Organisasi Kebakaran JBPM Melaka 2025 di Bukit Katil pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang 16 Mei lalu, seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Afizul Hakim Alias, 4, maut dalam bilik ketiga unit rumah di tingkat enam PPR berkenaan.

Mangsa dipercayai terperangkap dalam bilik tidur ketiga ketika api marak dan melecur manakala ibu dan empat adik beradiknya yang lain sempat lari menyelamatkan diri.


PPR Krubong: Exco tak mahu tunding jari mana-mana pihak

MELAKA - Kerajaan negeri akan menunggu laporan penuh dari semua pihak yang terlibat sama ada kerosakan peralatan bomba di Projek Prumahan Rakyat (PPR) Krubong disebabkan perbuatan vandalisme atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata, selagi laporan siasatan menyeluruh tidak diterima selagi itu pihaknya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak yang terlibat.

Menurutnya, juga tidak dapat memberi tempoh siasatan itu mengambil masa berapa lama kerana melibatkan banyak pihak selain perlu dilakukan secara lebih teliti lebih-lebih lagi kebakaran itu telah meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki.

Katanya, juga akan mengadakan mesyuarat bersama Lembaga Perumahan Melaka (LPM) untuk melihat struktur yang terlibat dalam kebakaran itu dalam masa terdekat ini.

"Jadi (laporan penuh belum siap) saya tak mahu mengatakan kerosakan ini berlaku kerana vandalisme.

"Malah pihak pengurusan kerajaan negeri juga sudah tentu ada bahagian yang perlu diperbaiki termasuklah prosedur operasi standard (SOP) jelas mengenai pemeriksaan dilakukan dan sebagainya," katanya ketika ditemui pada program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Sungai Udang, di sini, pada Khamis.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengakui terdapat beberapa peralatan bomba di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong yang tidak berada dalam keadaan baik ketika kebakaran berlaku di lokasi itu pada Jumaat lalu.

Pengarah JBPM Melaka, Mohd Zaidi Ma’at berkata, hasil pemeriksaan mendapati wujud unsur vandalisme ke atas peralatan kebombaan sehingga menyukarkan penduduk memberikan bantuan awal bagi memadam kebakaran sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

"Pili bomba di blok berkenaan masih berfungsi dengan baik sewaktu kejadian, namun kerosakan berlaku pada gelung hos dan alat pemadam api yang kebanyakannya sudah tidak berfungsi dipercayai akibat vandalisme.

"Siasatan lanjut kini dijalankan daripada pelbagai sudut termasuk aspek kecuaian serta kerosakan sistem kebombaan di PPR tersebut," katanya

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang 16 Mei lalu, seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Afizul Hakim Alias, 4, maut dalam bilik ketiga unit rumah di tingkat enam PPR berkenaan.

Mangsa dipercayai terperangkap dalam bilik tidur ketiga ketika api marak dan melecur manakala ibu dan empat adik beradiknya yang lain sempat lari menyelamatkan diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!