Dua bekas pegawai badan berkanun direman tuntut dividen RM180,000 guna maklumat palsu

Dua bekas pegawai badan berkanun direman empat hari disyaki guna dokumen ada maklumat palsu buat tuntutan pembayaran dividen RM180,000.
Dua bekas pegawai badan berkanun direman empat hari disyaki guna dokumen ada maklumat palsu buat tuntutan pembayaran dividen RM180,000.
A
A
A

SEREMBAN - Dua bekas pegawai badan berkanun direman empat hari selepas disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi maklumat palsu melibatkan tuntutan pembayaran dividen berjumlah kira-kira RM180,000.

Perintah reman suspek wanita dan lelaki berusia antara 30 hingga 40 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Reman terhadap kedua-dua suspek sehingga 25 Mei ini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan antara jam 11 pagi dan 3 petang pada Selasa di dua lokasi berasingan di Perak dan Terengganu sebelum dibawa ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Kedua-dua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023 yang melibatkan tuntutan bayaran dividen berjumlah kira-kira RM180,000.

“Kedua-dua suspek juga dipercayai menerima pembayaran dividen tersebut melalui akaun bank milik pasangan kedua-dua suspek yang merupakan penama tidak layak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!