Kerajaan negeri, pusat bekerjasama bangunkan REE di Kelantan

Kerajaan Kelantan menyuarakan keperluan untuk menjalinkan kerjasama erat dengan pusat bagi membangunkan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (REE) di negeri ini. Gambar kecil: Mohamed Fadzli
Kerajaan Kelantan menyuarakan keperluan untuk menjalinkan kerjasama erat dengan pusat bagi membangunkan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (REE) di negeri ini. Gambar kecil: Mohamed Fadzli
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan menyuarakan keperluan untuk menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan pusat bagi membangunkan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (REE) di negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu penting kerana terdapat aspek yang perlu mengikut prosedur ditetapkan oleh kerajaan pusat.

"Jadi apabila kerajaan pusat buka (peluang), kita ambillah peluang itu. Insya-ALLAH, PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan) dalam konteks negeri Kelantan sedang berusaha untuk memulakan (projek).

"Kita pun, sebagai kerajaan negeri, sudah meluluskannya kepada PMBK dengan kerjasama dua syarikat. Kita mulakan dengan PMBK dulu," katanya semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di Kompleks Darulnaim, di sini pada Selasa.

Menurut beliau, antara perkembangan terbaharu ialah PMBK juga sedang berbincang dengan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) dan pada masa sama kerajaan pusat perlu menetapkan hala tuju seterusnya.

Ujarnya, kerajaan negeri sudah bersetuju untuk memaksimumkan keuntungan hasil kerana ia merupakan hak rakyat Kelantan.

Mohamed Fadzli berkata, oleh itu, kerajaan negeri seboleh-bolehnya mahu mana-mana syarikat yang berminat membina kilang, melakukannya di Kelantan.

"Kita bukan sekadar mahu hasilkan REE, tetapi juga mahu bangunkan industri hiliran seperti pengeluaran sumber magnet dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

"Untuk perkembangan terkini, kita telah mengenal pasti dua kawasan yang telah diluluskan kepada PMBK kerana sememangnya ia adalah hak PMBK dan tidak lama lagi akan diadakan majlis menandatangani perjanjian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!