Trump gegar Asia Barat

Trump menamatkan lawatan empat harinya ke Asia Barat pada Jumaat dengan kejayaan luar biasa memeterai perjanjian mencecah trilion dolar bersama Arab Saudi, Qatar, dan UAE.
Trump menamatkan lawatan empat harinya ke Asia Barat pada Jumaat dengan kejayaan luar biasa memeterai perjanjian mencecah trilion dolar bersama Arab Saudi, Qatar, dan UAE.
A
A
A

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menamatkan lawatan empat harinya ke Asia Barat pada Jumaat dengan kejayaan luar biasa memeterai perjanjian mencecah trilion dolar bersama Arab Saudi, Qatar, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia bukan sahaja memperkukuh hubungan ekonomi dan keselamatan malah mencetuskan gelombang baharu dalam landskap geopolitik rantau tersebut. Kunjungan Trump ke rantau Asia Barat dilihat sebagai langkah berani yang mengukuhkan dominasi ekonomi dan strategik Washington di rantau tersebut.

Ia bagaimanapun mencetuskan perdebatan mengenai implikasi jangka panjang perjanjian itu terhadap kestabilan serantau dan dasar luar yang berubah-ubah di bawah pentadbiran penggal kedua Presiden ke-47 AS tersebut.

-------------

1. Arab Saudi: Pelaburan gergasi dan perjanjian pertahanan terbesar

No Image Caption

Di Riyadh, Trump dan Putera Mahkota, Mohammed Salman (MBS) menandatangani perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik bernilai AS$600 bilion (RM2.57 trilion) termasuk pelaburan dalam pusat data kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur tenaga di AS. Selain itu, Washington dan Riyadh turut menandatangani perjanjian pertahanan bernilai AS$142 bilion (RM609.2 bilion), sekali gus menjadikannya sebagai kesepakatan terbesar dalam sejarah antara kedua-dua negara.

2. Qatar: Perjanjian ekonomi dan hadiah kontroversi

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Di Doha, Trump mengumumkan 'pertukaran ekonomi' bernilai AS$1.2 trilion (RM5.15 trilion) termasuk pembelian 210 pesawat Boeing oleh Qatar Airways bernilai AS$96 bilion (RM412 bilion). Doha juga berjanji untuk melabur AS$10 bilion (RM43 bilion) di Pangkalan Udara Al Udeid yang merupakan markas tentera terbesar AS di rantau tersebut. Kunjungan Trump turut dilanda kontroversi berhubung 'hadiah' sebuah pesawat mewah, Boeing 747-8 yang akan didermakan Qatar setelah Presiden tersebut dengan yakin menghebahkan ia bakal dijadikan pesawat rasmi, Air Force One yang baharu.

3. UAE: Pelaburan AI dan teknologi canggih

No Image Caption

Di Abu Dhabi, Trump mengumumkan perjanjian bernilai AS$1.4 trilion (RM6.01 trilion) dalam sektor AI termasuk pembinaan pusat data AI berkapasiti 5GW dan import tahunan sebanyak 500,000 cip AI Nvidia H100. Perjanjian tersebut dijangka menjadikan UAE sebagai hab AI global.

4. Iran dan Syria: Tekanan maksimum dan pendekatan baharu

No Image Caption

Trump memberi amaran keras kepada Iran mengenai program nuklear negara itu. Beliau menawarkan pilihan antara menerima cadangan AS atau berdepan 'tekanan maksimum' walaupun Teheran sebelum ini enggan tunduk dengan tuntutan Washington. Sementara itu, beliau mengejutkan dunia dengan mengumumkan penamatan siri sekatan ke atas Syria yang dikenakan ketika pemerintahan rejim bekas Presiden digulingkan, Bashar al-Assad. Terdapat laporan media yang memetik kenyataan Rumah Putih bahawa Trump sebenarnya mengenakan syarat supaya Damsyik menormalkan hubungan dengan Israel di bawah Perjanjian Abraham jika mahu siri sekatan tersebut ditarik balik. Beliau turut teruja bertemu pemimpin baharu Syria, Ahmed al-Sharaa yang merupakan perjumpaan pertama dalam tempoh 25 tahun bersama tokoh yang menerajui Damsyik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!