MPS kemuka 10 strategi perkukuh farmasi komuniti persendirian

Amrahi Buang
Amrahi Buang
A
A
A

SHAH ALAM – Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) telah mengemukakan 10 strategi bagi memperkukuh peranan Farmasi Komuniti Milik Persendirian dalam sistem penjagaan kesihatan negara.

Presidennya, Profesor Dr Amrahi Buang berkata, strategi berkenaan digubal selaras dengan Kertas Putih Kesihatan Malaysia, Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), Dasar Ubat Nasional dan visi Kesihatan Madani.

“Farmasi komuniti merupakan antara penyedia penjagaan kesihatan yang paling mudah diakses rakyat, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang kurang mendapat perkhidmatan.

“Ketika negara berdepan pandemik Covid-19, farmasi komuniti terus beroperasi di barisan hadapan demi memenuhi keperluan rakyat, walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan risiko,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau memaklumkan bahawa satu dokumen rasmi mengandungi 10 hasrat strategik itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara cadangan utama adalah mewajibkan pendedahan harga bersih ubat di semua peringkat rantaian bekalan bagi mengelakkan ketidaktelusan dan manipulasi pasaran.

Selain itu, MPS juga menggesa pengiktirafan lebih 4,000 farmasi komuniti sebagai hab kesihatan dalam pelan strategik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), khusus bagi mengurangkan kesesakan di zon hijau Jabatan Kecemasan hospital kerajaan.

“MPS menyokong pembangunan sistem insurans kesihatan yang merangkumi peranan ahli farmasi sebagai penyedia perkhidmatan utama menerusi skim pembiayaan kesihatan negara.

Artikel Berkaitan:

“Kami turut menggesa pelaksanaan dasar preskripsi wajib dalam sektor swasta serta larangan ke atas amalan preskripsi tidak beretika,” ujarnya.

Dr Amrahi berkata, MPS percaya pemerkasaan rakyat bermula dengan akses kepada maklumat yang telus dan tepat agar sistem kesihatan negara dapat dibangunkan secara lebih mampan dan berpaksikan rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!