MISI perkasa bakat melalui program fotografi, suntingan visual berasaskan AI

Peserta menunjukkan sijil diterima mereka selepas menyertai Program Fotografi dan Suntingan Visual berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) itu.
Peserta menunjukkan sijil diterima mereka selepas menyertai Program Fotografi dan Suntingan Visual berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Inisiatif Kemahiran Masyarakat India Malaysia (MISI) terus mencipta impak bermakna dalam pemerkasaan digital melalui Program Fotografi dan Suntingan Visual berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang diadakan di Masai, Johor, dari 16 hingga 20 April lalu.

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa inisiatif tersebut mengukuhkan lagi komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa bakat komuniti India tempatan dengan kemahiran masa depan.

"Seramai 25 peserta telah berjaya menamatkan program yang direka khusus untuk meningkatkan potensi kreatif serta literasi digital dalam kalangan komuniti India Malaysia.

Antara teknik dipelajari dalam Program Fotografi dan Suntingan Visual berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Antara teknik dipelajari dalam Program Fotografi dan Suntingan Visual berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI).

"Program selama lima hari itu memberi tumpuan kepada tiga komponen utama iaitu teknik fotografi dan suntingan visual berasaskan AI, suntingan video berasaskan AI serta penjanaan pendapatan kreatif dan pembangunan perniagaan," menurut HRD Corp pada Khamis.

Terdahulu, para peserta turut menerima sijil penyertaan sebagai dorongan untuk mereka terus mengasah kemahiran dan meneroka peluang dalam industri kreatif digital.

Tambah HRD Corp, usaha berkenaan mencerminkan komitmen MISI dalam merapatkan jurang digital dan memastikan akses inklusif terhadap teknologi baharu.

Artikel Berkaitan:

MISI memperkasa bakat komuniti India melalui program fotografi dan suntingan visual berasaskan AI.
MISI memperkasa bakat komuniti India melalui program fotografi dan suntingan visual berasaskan AI.

Menurutnya, inisiatif yang dianjurkan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui HRD Corp itu merupakan sebahagian daripada matlamat utama MISI untuk melengkapkan komuniti India Malaysia dengan kemahiran masa depan yang mampu menyumbang kepada ekonomi negara dan kelestarian kendiri.

Dalam perkembangan sama, HRD Corp menyifatkan usaha tersebut sejajar dengan visi progresif Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, untuk terus menggerakkan Malaysia ke arah masa depan yang lebih inklusif dan berteraskan kemahiran.

"Sokongan berterusan beliau terhadap inisiatif seumpama ini mencerminkan komitmen beliau dalam memperkasa masyarakat melalui pendidikan, inovasi serta keterangkuman digital.

"Komitmen Steven Sim dalam memperjuangkan akses yang lebih saksama kepada ekonomi digital telah mendapat pengiktirafan meluas, menjadikan beliau tokoh penting dalam landskap pembangunan sosial dan ekonomi negara," ujar kenyataan itu lagi.

Program selama lima hari itu memberi tumpuan kepada tiga komponen utama termasuklah teknik fotografi dan suntingan visual berasaskan AI.
Program selama lima hari itu memberi tumpuan kepada tiga komponen utama termasuklah teknik fotografi dan suntingan visual berasaskan AI.

HRD Corp turut menjelaskan bahawa MISI telah berjaya menarik penyertaan lebih 8,000 individu dalam bidang berkemahiran tinggi seperti teknologi AI, pertanian pintar dan teknologi dron, selaras dengan keperluan industri terhadap tenaga kerja mahir sejak dilancarkan pada November 2024.

Tambah kenyataan itu, impak MISI bukan sahaja tertumpu kepada peluang pekerjaan, malah turut mempromosikan aspek keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat dan kemajuan kerjaya demi memastikan kejayaan jangka panjang buat komuniti India tempatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!