Akibat kenderaan bermasalah, nyawa orang lain yang melayang

Sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut apabila trak dinaiki mereka dirempuh lori bawa muatan batu kerikil pada Selasa.
Sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut apabila trak dinaiki mereka dirempuh lori bawa muatan batu kerikil pada Selasa.
A
A
A

NEGARA sekali lagi dikejutkan dengan tragedi jalan raya yang berpunca daripada kelemahan penyelenggaraan kenderaan berat.

Merak Jalanan bukan nak menyalahkan sesiapa membuta tuli tetapi bila baca berita sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut apabila trak dinaiki mereka dirempuh lori bawa muatan batu kerikil dalam kejadian menyayat hati di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak, rasa darah naik ke kepala.

Kemalangan tersebut bukan sahaja menyebabkan sembilan wira negara maut tetapi turut menyebabkan sembilan lagi cedera dan dirawat di Hospital Teluk Intan Perak.

Berdasarkan dakwaan penduduk kampung, kemalangan kerap berlaku di kawasan itu disebabkan sikap pemandu lori memandu laju kerana mahu mengejar trip untuk ke lokasi pembinaan.

Memburukkan lagi keadaan dengan keadaan jalan yang sempit dan tiada lampu isyarat, antara faktor sering mengundang kemalangan maut.

Penduduk juga mendakwa sudah buat aduan tapi biasalah, kadang-kadang aduan pun hanya tinggal aduan.

Tiada penyelesaian dan masalah sama masih berulang. Bila berlaku kejadian yang tak disangka-sangka, barulah ramai buka mata.

Merak Jalanan pun pernah tinggal di kawasan perumahan yang menjadi ‘lebuh raya lori’.

Artikel Berkaitan:

Bunyi brek, hon dan gegaran di dinding, semua itu dah jadi hal biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa.

Tapi yang tak boleh dimaafkan apabila orang lain pula jadi mangsa akibat pemanduan berbahaya.

Diharap pihak yang berkenaan segeralah bertindak dan siasat. Tak sanggup Merak Jalanan nak dengar ada lagi nyawa yang melayang.

Pemandu lori pula, tolonglah fikir sebelum tekan pedal. Trip takkan ke mana kalau nyawa sendiri atau orang lain melayang.

Jalan raya bukan litar lumba. Fikirkan juga keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!