Bapa mendiang Perumal hampir pengsan tatap wajah anak buat kali terakhir

Sugunanathan yang tidak dapat menahan kesedihan terpaksa ditenangkan ahli keluarga dan pegawai yang berada di Pusat Krematorium Buntong.
Sugunanathan yang tidak dapat menahan kesedihan terpaksa ditenangkan ahli keluarga dan pegawai yang berada di Pusat Krematorium Buntong.
A
A
A

IPOH - Bapa kepada mendiang Sarjan S Perumal, M Sugunanathan, 68, tidak dapat menahan kesedihan sehingga hampir pengsan ketika menatap anaknya buat kali terakhir dalam upacara pengebumian di Krematorium Buntong di sini pada Rabu.

Warga emas berusia 68 tahun itu kelihatan lemah dan terpaksa dipapah sebelum beberapa kali ditenangkan ahli keluarga.

Sugunanathan menerima penyerahan Jalur Gemilang daripada Sivakumar.
Sugunanathan menerima penyerahan Jalur Gemilang daripada Sivakumar.

Jasad anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berusia 44 tahun itu tiba di pekarangan Krematorium Buntong dari kediaman keluarganya di Bandar Lahat Mines sekitar jam 5 petang dengan diiringi kenderaan polis.

Upacara pengebumian dilakukan mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan turut diiringi 100 orang kalangan ahli keluarga dan kenalan.
Upacara pengebumian dilakukan mengikut istiadat rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan turut diiringi 100 orang kalangan ahli keluarga dan kenalan.

Mendiang kemudiannya disemadikan dengan pembakaran bermula pada jam 5.45 petang selepas selesai upacara keagamaan mengikut agama Hindu.

Inspektor Water Cannon Kru 5A FRU, Asisten Superintenden S Sivakumar menyerahkan Jalur Gemilang kepada Sugunanathan sebagai simbolik penghargaan kerajaan terhadap jasa bakti dan pengorbanan mendiang.

Dalam kejadian jam 8.51 pagi di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik, Teluk Intan itu, lapan anggota FRU disahkan maut di lokasi kejadian, manakala seorang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Artikel Berkaitan:

Selain Perumal, mereka yang terkorban ialah Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Nurit Pandak, 34; Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; dan Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38.

Turut terkorban, Koperal Amiruddin Zabri, 38; Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35; Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33; dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28.

Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila sebuah lori muatan batu kerikil mengalami kegagalan fungsi stereng sehingga masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan FRU yang membawa 18 anggota.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!