X

Kindly register in order to view this article
!

Dua lagi kes positif Covid-19 di Indonesia

Pihak berkuasa kesihatan Indonesia memeriksa suhu tubuh penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta. - Foto AFP
A
A

JAKARTA - Indonesia mencatatkan dua lagi kes terbaharu positif virus Covid-19, menjadikan empat kes positif setakat ini.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, dua lagi yang positif itu kini dirawat di Rumah Sakit (Hospital) Penyakit Infeksi Sulianti Saroso, Jakarta.

"Kes nombor tiga dan nombor empat. Jenis kelamin tidak usah disebut. Usianya 33 dan 34 tahun," katanya di Istana Negara, Jakarta, yang disiarkan secara langsung stesen televisyen tempatan hari ini.

Pada 2 Mac lepas, Indonesia, negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu, turut tersenarai negara dijangkiti virus itu, selepas dua warganegaranya, berasal dari Depok (sebuah bandar berhampiran Jakarta) disahkan positif Covid-19. - Bernama