PM Pakistan adakan mesyuarat tertinggi aset nuklear negara

Anggota tentera India bersama seekor anjing pengesan membuat rondaan di sebuah pasar di Srinagar. Tentera Pakistan memaklumkan bahawa India telah melancarkan satu lagi gelombang peluru berpandu yang menyasarkan tiga pangkalan udara — termasuk satu di pinggir ibu kota — ketika konflik antara dua negara bersenjata nuklear itu semakin memuncak ke arah perang sepenuhnya. Foto: AFP

A
A
A

ISLAMABAD – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif telah memanggil satu mesyuarat tergempar melibatkan National Command Authority (NCA) - badan tertinggi negara itu yang bertanggungjawab terhadap dasar pertahanan nuklear dan peluru berpandu strategik.

Maklumat itu disahkan dalam kenyataan ringkas oleh pihak tentera Pakistan pada Sabtu.

"Perdana Menteri telah memanggil mesyuarat NCA," menurut kenyataan tersebut.

Mesyuarat NCA lazimnya diadakan dalam situasi keselamatan kritikal dan melibatkan perbincangan berkaitan pengurusan senjata nuklear, sistem pelancaran strategik dan dasar tindak balas ketenteraan negara.

Langkah ini dibuat susulan pelancaran Operasi Bunyanun Marsoos oleh tentera Pakistan sebagai tindak balas terhadap serangan udara India yang dikatakan menyasarkan beberapa pangkalan udara utama di Pakistan.

Ketegangan antara kedua-dua negara berjiran itu kini memuncak dan mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap kemungkinan berlakunya konflik berskala besar yang melibatkan senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

Setakat ini, tiada pengesahan lanjut mengenai agenda penuh mesyuarat tersebut, namun ia dijangka melibatkan ketua angkatan tentera, penasihat keselamatan negara serta pegawai kanan pertahanan. -Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!