Anwar adakan pertemuan dengan Perdana Menteri Belgium

Anwar (kiri) mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Belgium, Alexander De Croo. Foto Bernama
Anwar (kiri) mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Belgium, Alexander De Croo. Foto Bernama
A
A
A

BRUSSELS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Belgium, Alexander De Croo.

Pertemuan itu yang diadakan di pejabat De Croo itu juga dihadiri pegawai daripada kedua-dua pihak.

Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut hadir, Duta Malaysia ke Belgium, Luxembourg dan Kesatuan Eropah, Datuk Mohd Khalid Abbasi Abdul Razak.

Perdana Menteri sedang dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Belgium. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!