Perak teliti penggunaan sistem WTE

Sandrea (tengah) mendengar penerangan sambil melawat tapak pelupusan sampah milik MDKpr.
Sandrea (tengah) mendengar penerangan sambil melawat tapak pelupusan sampah milik MDKpr.
A
A
A

KAMPAR - Perak akan meneliti pelaksanaan sistem memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) bagi memastikan pengurusan tapak pelupusan sanitari negeri lebih efisien.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, Jawatankuasa Pengurusan Sisa Pepejal negeri sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa bagi melihat kesesuaiannya sebelum diperluaskan di setiap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sandrea (dua dari kiri) turut melawat paun anjing yang berfungsi sebagai tapak kemudahan penempatan sementara anjing terbiar untuk kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kampar.
Sandrea (dua dari kiri) turut melawat paun anjing yang berfungsi sebagai tapak kemudahan penempatan sementara anjing terbiar untuk kawasan pentadbiran Majlis Daerah Kampar.

"Di Perak, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah memulakan sistem WTE yang kini dalam pembinaan dan dijangka mula beroperasi hujung tahun ini.

"Tetapi WTE bukan jenis insinerator, sebaliknya lebih kepada Anaerobic Digestor (AD) yang akan menghasilkan gas metana dan tenaga," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pelupusan sampah dan paun anjing Majlis Daerah Kampar (MDKpr) di sini pada Jumaat.

Menurut Sandrea, konsep WTE berkesan untuk merawat sisa pepejal, selain berjaya mengurangkan jumlah sisa pepejal yang perlu dilupuskan ke tapak pelupusan.

Tambah beliau, beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum melaksanakannya secara menyeluruh.

"Jumlah sisa pepejal yang diselenggara sesebuah PBT perlu diambil kira dalam melaksanakan sistem itu, seperti jumlah di MPM adalah 300 tan sehari berbanding MDKpr sekitar 60 tan sehari.

"Perbezaan jumlah sisa pepejal itu perlu diambil kira. Jadi, ada kemungkinan beberapa PBT majlis daerah mungkin diklusterkan dan sebagainya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!