Flex komited dengar suara pekerja

Dengan mempunyai lebih 18,000 pekerja di Malaysia, Flex sentiasa menzahirkan komitmen terhadap pembangunan kerjaya, kesejahteraan dan suara pekerja melalui pelbagai inisiatif yang berteraskan prinsip mendengar dan bertindak.
Flex sentiasa mendengar maklum balas pekerja melalui pelbagai saluran dalaman dan berusaha memperbaiki kemudahan, suasana kerja serta peluang pembangunan diri.
Ini termasuk menyediakan makanan percuma dan subsidi makanan harian, klinik kesihatan, ruang rekreasi, surau, bilik khas untuk ibu menyusu serta program-program bermanfaat termasuk aktiviti sukan dan rekreasi.
Pekerja turut ditawarkan peluang meningkatkan kemahiran serta tahap pendidikan melalui kerjasama dengan 14 universiti tempatan seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sehingga kini, lebih 1,700 pekerja telah menamatkan pengajian melalui program ini.
Salah seorang graduan dari program ini dan jurutera Flex, Salimi Fauzi Mohamed Alidin, 50, berkata, selama 15 tahun berkhidmat di syarikat tersebut, pelbagai manfaat telah diperoleh termasuklah pembiayaan penuh pengajian di peringkat ijazah di USM.
“Saya mengambil peluang yang ada. Malah ia memberikan kehidupan yang lebih berkualiti kepada saya sekeluarga seperti membeli rumah serta kenderaan selesa berbanding dengan pekerjaan
terdahulu,” katanya.
Beliau berkata, Flex juga membuka lembaran baharu dalam hidupnya apabila beliau dilantik sebagai jurulatih pasukan bola sepak Flex sejak setahun lalu.
“Sebagai bekas pemain bola sepak, saya tidak menyangka suatu hari nanti saya menjadi jurulatih sekali gus mendapat pengalaman baharu dalam hidup,” katanya.

Sementara itu, bagi Penganalisis Bahagian Total Material Loss (TML), Fariza Ahmad Faridun, 46, berkata, Flex bukan sahaja membantu pekerjanya, malahan anak-anak pekerja turut menerima bantuan seperti baucar back-to-school untuk membeli buku dan alat tulis sekolah.
Menurut Fariza, sebagai seorang ibu tunggal, Fariza sentiasa memikirkan kemampuan beliau untuk memberikan yang terbaik untuk kedua-dua anak lelakinya.
“Alhamdulillah, dengan peluang yang ada, saya mampu membayar guru tuisyen peribadi untuk anak yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan membayar kelas renang supaya mereka kekal aktif. Saya juga menyumbang sedikit sebanyak untuk ibu ayah di kampung,” ujarnya.
Flex merupakan sebuah syarikat pembuatan teknologi multinasional yang telah bertapak di Malaysia sejak 1990.
Syarikat mempunyai fasiliti di Pulau Pinang dan Johor dan menyediakan perkhidmatan teknologi dan rantaian bekalan yang menyeluruh, merangkumi reka bentuk, pembuatan dan logistik.
Flex juga merupakan salah satu majikan terbesar dalam industri teknologi dan juga menggaji sebilangan besar orang kurang upaya (OKU) di Malaysia.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
