Masa terbaik Muhyiddin tangani perbezaan politik: Saifuddin

Saifuddin (tengah) bertanya sesuatu kepada pelajar cemerlang SPM SHAKS sewaktu melawat sekolah itu hari ini.
Saifuddin (tengah) bertanya sesuatu kepada pelajar cemerlang SPM SHAKS sewaktu melawat sekolah itu hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Perbezaan pandangan politik keterlaluan dan tidak berkesudahan susulan situasi politik negara masa kini perlu segera ditangani kerana tidak mendatangkan sebarang keuntungan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, inilah masa terbaik untuk kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menamatkan perkara itu daripada berterusan.

"Rakyat juga sudah muak dan letih dengan suasana politik hari ini jelas dilihat keterlaluan terutamanya membabitkan pemimpin politik.

"Jadi, inilah waktu terbaik untuk kerajaan baharu menamatkan perbezaan cara politik tajam daripada berlarutan.

"Saya yakin Muhyiddin mengakhiri perbezaan politik itu, berdasarkan yang dilihat semakin kronik membabitkan soal pandangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas beramah mesra bersama pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajjah Sultanah Kalsom (SHAKS) hari ini.

Turut hadir, Pengetua SHAKS, Mahadzir Hanapiah, guru-guru dan pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2019.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, Perdana Menteri kini sedang menyusun jemaah Kabinet yang pertama selepas mendengar taklimat daripada Ketua Setiausaha (KSU) dan ketua pengarah jabatan kerajaan daripada Kementerian serta agensi.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, tindakan dilakukan Muhyiddin itu dilihat tepat sebelum mengumumkan senarai jemaah menteri bagi menerajui kepimpinan negara.

Menurutnya, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 dilihat beberapa pemimpin khususnya menteri mengeluarkan kenyataan tidak menyenangkan hati penjawat awam.

"Saya jangkakan kita (kerajaan baharu) tidak akan mengulangi satu daripada kelemahan yang berlaku selepas PRU14

iaitu kurang mesra antara anggota Kabinet dengan seluruh perkhidmatan awam.

"Sebagai individu yang sudah lama berkecimpung dalam bidang politik dan pentadbiran, saya boleh baca Muhyiddin mahu hubungan profesional dan mesra antara penjawat awam dapat dikembalikan selepas terbentuknya Kabinet," katanya.