Belum reda perang Gaza, Israel gempur Syria pula

Sebuah kereta yang musnah dalam insiden pertempuran ganas antara puak Druze dan pasukan keselamatan Syria pada awal minggu lalu.
Sebuah kereta yang musnah dalam insiden pertempuran ganas antara puak Druze dan pasukan keselamatan Syria pada awal minggu lalu.
A
A
A

DAMSYIK - Israel melancarkan lebih 20 serangan udara ke atas Syria pada lewat Jumaat selepas ia membedil kawasan berhampiran Istana Presiden di ibu kota yang dikecam pemerintah Damsyik dan disifatkan sebagai 'provokasi berbahaya'.

Kempen pengeboman itu menggegar Syria selepas Zionis cuba campur tangan dalam krisis negara tersebut apabila ia memberi amaran supaya tidak mengancam komuniti minoriti Druze susulan insiden pertempuran ganas sektarian, baru-baru ini.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) mengesahkan gelombang serangan itu menyasarkan kedudukan tentera di seluruh Damsyik.

“Ia merupakan serangan terbesar dilancarkan Tel Aviv ke atas negara jirannya itu,” jelasnya lagi.

Sementara itu, media tempatan melaporkan sasaran utama bedilan itu termasuk di Latakia, Hama dan Daraa.

“Ia turut mengorbankan orang awam di Harasta yang terletak berhampiran Damsyik manakala empat yang lain cedera di kawasan berdekatan Hama,” ujar laporan itu.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan memaklumkan beberapa kemudahan tentera termasuk insfrastruktur misil dimusnahkan dalam operasi pencerobohan itu, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Israel yang bergelut dengan kebakaran hutan secara tiba-tiba 'prihatin' dengan konflik tercetus antara puak Druze dan pasukan keselamatan yang meragut lebih 100 nyawa.

Tetapi, ia mungkin hanya dijadikan alasan Zionis untuk menyerang Syria berikutan Sweida yang menempatkan komuniti itu juga tidak terkecuali menjadi sasaran serangan dron hingga mengakibatkan empat anggota pejuang mereka terkorban. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!