Armada Bersatu tolak dakwaan PCSB beroperasi secara haram di Miri

Na’im. Petronas mengesahkan anak syarikatnya, PCSB menerima notis pada 30 April 2025 daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
Na’im. Petronas mengesahkan anak syarikatnya, PCSB menerima notis pada 30 April 2025 daripada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
A
A
A

SHAH ALAM - Armada Bersatu Malaysia (Armada) menolak sekeras-kerasnya dakwaan kerajaan Sarawak bahawa Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) telah menjalankan operasi secara haram di Miri Crude Oil Terminal.

Exconya, Na’im Brundage berkata, tuduhan tersebut tidak berasas dan bercanggah dengan kerangka undang-undang sedia ada.

“Akta Pembangunan Petroleum 1974 secara jelas memberikan hak eksklusif kepada Petronas untuk mengawal selia semua aktiviti berkaitan petroleum di seluruh Malaysia termasuk di negeri Sarawak.

“Oleh itu, Petronas tidak sepatutnya memerlukan sebarang lesen atau permit daripada kerajaan negeri Sarawak untuk menjalankan operasinya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Na’im mengingatkan pada 1976, satu perjanjian rasmi telah ditandatangani antara kerajaan Sarawak dan kerajaan Persekutuan yang memindahkan hak milik serta kawalan terhadap sumber petroleum negeri tersebut kepada Petronas.

“Maka tuduhan bahawa Petronas telah beroperasi secara haram di Sarawak adalah tidak berasas dan menyalahi fakta perundangan,” ujarnya.

Armada turut melahirkan rasa kesal terhadap kelemahan kerajaan Persekutuan dalam menangani isu yang melibatkan Petronas dan kerajaan negeri sambil memberi amaran kegagalan mempertahankan kedudukan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang termaktub boleh membawa kepada kerugian besar kepada negara dan rakyat Malaysia.

“Semua pihak diseru untuk menghormati semangat Persekutuan yang menjadi asas pembentukan negara ini demi kepentingan bersama seluruh rakyat,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!