Paparan harga ubat dikuat kuasa, lindungi hak pengguna

Penguatkuasaan Perintah Penandaan Harga bagi ubat-ubatan di bawah Akta Farmasi 2013 (Akta 723) bermula hari ini. Gambar hiasan (Gambar kecil: Young Syefura Othman)
Penguatkuasaan Perintah Penandaan Harga bagi ubat-ubatan di bawah Akta Farmasi 2013 (Akta 723) bermula hari ini. Gambar hiasan (Gambar kecil: Young Syefura Othman)
A
A
A

SHAH ALAM – Penguatkuasaan Perintah Penandaan Harga bagi ubat-ubatan di bawah Akta Farmasi 2013 (Akta 723) bermula 1 Mei disifatkan sebagai langkah progresif dalam meningkatkan ketelusan harga, melindungi pengguna, serta memastikan akses ubat yang lebih adil dan mampu milik.

Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Young Syefura Othman berkata, dasar itu memberi keseimbangan antara kepentingan industri farmaseutikal dan kebajikan rakyat.

“Saya faham kebimbangan pihak industri, namun kerajaan akan memantau pelaksanaan dasar ini secara berfasa selama tiga bulan.

“Sesi libat urus juga akan diadakan bersama pemain industri dan pemegang taruh bagi menilai kesan dasar ini dalam tempoh pelaksanaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kementerian Kesihatan (KKM) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan inisiatif ini di fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti bermula hari ini.

Langkah ini selaras dengan komitmen Kerajaan Madani melalui pelaksanaan Mekanisme Ketelusan Harga Ubat (MKHU), bagi memastikan rakyat dapat membuat pilihan bermaklumat dengan membandingkan harga sebelum membeli.

Menurut Young Syefura, penandaan harga ini membolehkan pengguna mengelak bayaran berlebihan dan memacu persaingan sihat dalam pasaran farmaseutikal.

“Ini adalah sebahagian usaha Kerajaan Madani dalam melaksana dasar kesihatan yang telus, saksama dan berpaksikan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!