Tiga cabaran KDEBWM tingkatkan kadar kitar semula

RAMLI
RAMLI
A
A
A

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengatasi cabaran yang dihadapi bagi meningkatkan kadar kitar semula bahan buangan daripada lapan peratus kepada 15 peratus pada 2025.

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, tiga cabaran utama yang dihadapi bagi menyokong inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) itu ialah kesedaran masyarakat masih rendah, teknologi pintar serta kekurangan infrastruktur.

“Kebanyakan penduduk masih tidak mengamalkan pengasingan sisa di rumah kerana kurangnya pemahaman mengenai kepentingannya terhadap alam sekitar.

“Kita juga menghadapi kekangan dari segi teknologi dan kos yang mana pelaksanaan kecerdasan buatan (AI) serta internet kebendaan (loT) memerlukan pelaburan besar dan tidak semua pihak berkepentingan bersedia untuk membiayai.

RAMLI
RAMLI

“Cabaran dari segi kekurangan infrastruktur pula apabila tidak semua kawasan mempunyai pusat pengumpulan sisa kitar semula menyebabkan masyarakat tidak ada akses mudah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, Ramli berkata, pihaknya mengambil beberapa pendekatan seperti mewujudkan tiga fasiliti pusat kitar semula bahan (MRF) di Klang, Bukit Puchong dan Bukit Changgang.

Menurutnya, KDEBWM turut mengoperasikan Pusat Kitar Semula Komuniti dan dua unit Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTReC) iaitu masing-masing di Cyberjaya dan Masjid At-Tuqo, Tanjung Karang.

Beliau berkata, pengoperasian ADTReC dengan menggunakan sistem pintar seperti kamera litar tertutup (CCTV) memudahkan pemantauan aktiviti kutipan sisa dan keberkesanan program kitar semula secara real-time.

Artikel Berkaitan:

Ramli optimis terhadap usaha KDEBWM yang berusaha menambah bilangan pusat kitar semula di seluruh PBT untuk memudahkan masyarakat menghantar sisa yang boleh dikitar semula.
Ramli optimis terhadap usaha KDEBWM yang berusaha menambah bilangan pusat kitar semula di seluruh PBT untuk memudahkan masyarakat menghantar sisa yang boleh dikitar semula.

“Penggunaan aplikasi Trash4Cash turut diperkenalkan agar masyarakat dapat menukar sisa kitar semula kepada insentif dalam bentuk wang ringgit dan secara tidak langsung membantu meningkatkan kesedaran awam serta penyertaan komuniti.

“Selain itu, tiga pusat kitar semula berkonsepkan drop off juga dibuat di Kota Warisan, Bagan Lalang dan Puchong Perdana yang mana kawasannya berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang (MPS),” katanya.

Bagaimanapun katanya, KDEBWM sedang berusaha menambah bilangan pusat kitar semula di seluruh kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memudahkan masyarakat menghantar sisa yang boleh dikitar semula.

Tambah Ramli, bengkel, seminar dan program kesedaran di sekolah serta komuniti juga dijalankan untuk meningkatkan pemahaman tentang kepentingan kitar semula.

Katanya, KDEBWM turut bekerjasama dengan beberapa syarikat dan universiti untuk menjalankan pembangunan serta penyelidikan teknologi seperti AI dan loT pada kos minimum tetapi mampu menghasilkan impak maksimum.

“Kami mengeluarkan kajian akademik dan saintifik berkaitan impak alam sekitar dan prestasi kitar semula secara kolaborasi dengan universiti seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) serta badan bukan kerajaan (NGO) lain.

“Kajian ini menilai keberkesanan strategi kitar semula dalam mengurangkan pencemaran, pelepasan karbon serta penggunaan sumber semula jadi dan secara tidak langsung dapat menerapkan solusi lestari dalam operasi,” ulasnya.

Impak positif

Dalam pada itu, Ramli berkata, terdapat beberapa impak positif utama yang signifikan mengintegrasikan kitar semula dengan matlamat ESG dalam sektor pengurusan sisa termasuk peningkatan keberkesanan alam sekitar.

Usaha menggalakkan kitar semula dapat mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.
Usaha menggalakkan kitar semula dapat mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.

Ujarnya, dengan menggalakkan kitar semula, KDEBWM dapat mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan dan membantu mengurangkan jejak karbon melalui pengurangan bahan mentah serta pemprosesan bahan lebih mesra alam.

Menurut Ramli, ia juga mengurangkan penggunaan tenaga diperlukan dalam penghasilan produk baharu yang seterusnya memberi kesan positif terhadap pengurangan pelepasan gas rumah hijau.

“Kami juga menyokong penggunaan semula sumber secara lebih berkesan dan meminimakan pembaziran sumber daya yang membantu mencipta sistem ekonomi berkelanjutan.

“Integrasi matlamat ESG juga memastikan bahawa KDEBWM terlibat dengan amalan yang tidak hanya mementingkan keuntungan tetapi kesan positif kepada komuniti dan alam sekitar.

“Malah, kesedaran awam mengenai kepentingan pengurangan sisa turut meningkatkan dan ia memberi peluang kepada masyarakat untuk terlibat dalam aktiviti yang menyumbang kepada kesejahteraan bersama lebih hijau,” katanya.

Pendekatan strategik

Tambah Ramli, secara keseluruhannya, pengintegrasian kitar semula bukan sahaja membantu KDEBWM menguruskan sisa dengan lebih cekap dan berkesan, namun menyumbang kepada pembangunan lestari dalam jangka panjang.

Dalam pada itu, secara tidak langsung, beliau turut memberi galakan kepada syarikat tempatan agar mengamalkan kitar semula dalam usaha meningkatkan ESG menerusi beberapa pendekatan strategik terutama dari segi penyediaan infrastruktur.

“Untuk memudahkan syarikat tempatan mengamalkan kitar semula, KDEBWM berkolaborasi dengan mereka untuk menyediakan kemudahan diperlukan seperti tempat pengumpulan bahan dan menerima penjualan seperti plastik, kertas, kaca serta aluminium.

“Kami juga aktif memberi pendidikan dan kesedaran kepada syarikat tempatan atau swasta yang mana kami sering dijemput untuk memberikan taklimat di program kelestarian, seminar dan bengkel.

“Kerjasama dengan PBT di negeri ini amat diperlukan untuk memastikan syarikat tempatan mematuhi dasar kitar semula yang ditetapkan termasuk memberi sokongan dalam bentuk kemudahan lokasi pusat kitar semula berskala besar,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!