Trump mahu kurangkan kesan tarif automotif

Gabungan kumpulan industri automotif AS menggesa Trump supaya tidak mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas alat ganti import kerana dikhuatiri akan menjejaskan jualan dan melonjakkan harga. - Foto Agensi
Gabungan kumpulan industri automotif AS menggesa Trump supaya tidak mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas alat ganti import kerana dikhuatiri akan menjejaskan jualan dan melonjakkan harga. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump cuba meredakan kesan tarif automotif pada Selasa dengan mengurangkan beberapa duti dikenakan ke atas alat ganti asing dalam sektor pembuatan kereta tempatan di samping mengekalkan cukai ke atas kereta buatan luar.

“Trump sedang merancang perkongsian penting dengan pembuat kereta domestik dan pekerja Amerika,” ujar Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick.

Menurutnya, perjanjian itu merupakan kemenangan besar di bawah dasar perdagangan Trump kerana turut menyediakan landasan kepada pengilang yang mahu melabur di Washington, sekali gus mengembangkan pembuatan domestik mereka.

Wall Street Journal menerusi laporan mereka menyatakan keputusan itu bermakna syarikat automotif yang membayar tarif tidak akan dikenakan levi lain seperti cukai keluli dan aluminium malah pembayaran balik bakal dibuat jika urus niaga itu telah dibuat.

Pada minggu lalu, gabungan kumpulan industri automotif AS menggesa Trump supaya tidak mengenakan kadar tarif sebanyak 25 peratus ke atas alat ganti import kerana dikhuatiri akan menjejaskan jualan dan melonjakkan harga.

Surat tersebut yang dihantar kepada orang kanan Trump mewakili beberapa gergasi automotif termasuk General Motors, Toyota Motor, Volkswagen, Hyundai. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!