PGA serbu lapan kilang, rampasan lebih RM31.2 juta

PGA merampas kayu dan peralatan yang dianggarkan bernilai lebih RM31.2 juta selepas menyerbu lapan buah kilang di sekitar Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli pada Selasa serta Rabu. Gambar kecil: Nik Ros Azhan

A
A
A

KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas kayu dan peralatan yang dianggarkan bernilai lebih RM31.2 juta selepas menyerbu lapan buah kilang di sekitar Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli pada Selasa serta Rabu.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, seramai 20 warga tempatan dan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Pemeriksaan lanjut di kesemua lokasi, kita telah menjumpai 5,537 batang kayu pelbagai jenis yang dianggarkan berjumlah RM14.983 juta.

"Selain itu kita menjumpai 25 buah jentera berat pelbagai jenis, alat pemotong kayu (93), mesin star venir (3), penimbang lori (1), mesin chip (1) dan tong gas (2)," katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, kesemua kayu termasuk jentera yang dirampas telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

Kesemua kilang yang diserbu tidak mempunyai lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Kesemua kilang yang diserbu tidak mempunyai lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua premis berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 93 (2) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan Seksyen 3 (2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua kilang itu tidak mempunyai lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Artikel Berkaitan:

PGA menjumpai 5,537 batang kayu pelbagai jenis yang dianggarkan berjumlah RM14.983 juta.
PGA menjumpai 5,537 batang kayu pelbagai jenis yang dianggarkan berjumlah RM14.983 juta.

"Kesemua PATI itu telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah untuk tindakan selanjutnya di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Briged Tenggara sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar peraturan sepanjang melaksanakan Op Khazanah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!