Permudah proses poligami, bawa keadilan atau jadi lebih kompleks?

Poligami bukan sesuatu isu yang mudah, apatah lagi jika melibatkan proses kelulusan yang panjang dan rumit.
Poligami bukan sesuatu isu yang mudah, apatah lagi jika melibatkan proses kelulusan yang panjang dan rumit.
A
A
A

POLIGAMI bukan sesuatu isu yang mudah, apatah lagi jika melibatkan proses kelulusan yang panjang dan rumit.

Dahulu, untuk mendapatkan kelulusan poligami, seseorang perlu melalui prosedur yang memakan masa berbulan-bulan di mana ia penuh dengan syarat dan peraturan ketat.

Perkahwinan lebih daripada satu melibatkan banyak pertimbangan dan persetujuan daripada pelbagai pihak termasuk suami, isteri pertama serta pihak berkuasa.

Jadi, ia sering kali menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana ia memberi ruang untuk semua pihak di dalamnya.

Terbaharu, kerajaan Melaka mempermudah urusan bagi orang Islam yang ingin berpoligami, apabila tempoh kelulusan untuk tujuan tersebut dipendekkan kepada 21 hari.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, perkara itu merupakan satu pembaharuan dibuat kerajaan negeri dengan kerjasama Mahkamah Syariah Melaka.

Susulan itu, perubahan tersebut menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat termasuk adakah keputusan ini terlalu cepat atau memang sudah tiba masanya untuk mempermudah proses tersebut?

Tindakan Melaka mempermudah proses berkenaan telah menimbulkan reaksi yang pelbagai dalam kalangan masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Ada yang berseloroh mengatakan mereka akan berpindah ke Melaka, menganggap perubahan tersebut sebagai berita baik terutamanya bagi kaum lelaki yang ingin memohon untuk berkahwin lebih daripada seorang.

Namun, di sebalik reaksi yang agak ringan itu, timbul juga pendapat serius yang menyatakan bahawa poligami dibenarkan dalam Islam tetapi harus mengikut syarat yang jelas bagi mengelakkan penindasan atau ketidakadilan terhadap pasangan pertama.

Dalam pada itu, masyarakat juga perlu sedar perkara penting agar tidak berlaku sebarang ketidakadilan atau penderaan kepada mana-mana pihak, terutamanya isteri pertama yang mungkin terabai.

Kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa poligami tidak seharusnya dianggap sebagai jalan mudah untuk memenuhi keinginan lelaki semata-mata.

Sebaliknya, ia perlu disertai dengan pemantauan dan syarat ketat bagi memastikan bahawa tiada pihak yang teraniaya.

Walaupun langkah Melaka untuk mempermudah kelulusan poligami mendapat sokongan daripada segelintir pihak, masyarakat pula perlu lebih berhati-hati dan bijak dalam menangani isu ini.

Pemantauan yang berterusan dan penegakan syarat yang tegas perlu diberi perhatian untuk memastikan tiada pihak yang dizalimi.

Ini adalah langkah yang baik, tetapi ia perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab agar matlamat keadilan dan kesejahteraan keluarga tercapai.

Persoalannya di sini, adakah keputusan tersebut benar-benar akan membawa kepada keadilan atau adakah ia sekadar mempermudahkan sesuatu yang lebih kompleks?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!